Vokalis asal Carburetor Dung meninggal dunia

VOKALIS Carburetor Dung, Shahlan Abdullah, 57, meninggal dunia akibat serangan jantung di Gemencheh, Jumaat lalu.

Arwah adalah penyanyi asal kumpulan muzik genre punk rock itu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.30 malam di Klinik Kesihatan Gemencheh, Negeri Sembilan.

Isteri arwah, Norzatulcima Jamaluddin, 53, berkata, suami dan anaknya pulang berbuka di rumah ibunya di Gemencheh Lama, sebelum mengadu mengalami sakit perut.

“Kami sekeluarga sempat berbuka bersama arwah dan beliau tidak menunjukkan tanda-tanda sakit.

“Selepas berbuka arwah mahu ke masjid untuk menunaikan solat tarawih tapi berpatah balik kerana mengalami sakit perut.

“Ketika di rumah arwah jatuh pengsan dan segera dibawa menaiki ambulans ke klinik namun doktor mengesahkan arwah telah meninggal dunia,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Menurutnya, jenazah dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan laporan menunjukkan arwah mengalami serangan jantung.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah kerana arwah pergi di hari yang baik dan bulan yang baik. Alhamdulillah arwah pergi pun dalam keadaan tenang,” katanya di sini hari ini.

Norzatulcima berkata, jenazah suaminya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Gemencheh Lama, selepas solat Zohor, semalam.

Album pertama arwah – ‘Songs For Friends’ – mendapat sambutan hebat para peminat pada tahun 1993 melalui lagu ‘Boo Hoo Clapping Song’.

Malah filem ‘Dari Jemapoh ke Manchestee’ bertemakan ‘road movie’ pada tahun 1998 turut menggunakan lagu Carburetor Dung.

Arwah yang berasal dari Kuala Terengganu meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki, Muhammad Fudail Aisyraaf, 27.

Related Posts

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

PUTRAJAYA – Keputusan menghentikan tayangan filem Konspirasi di pawagam  dibuat atas pertimbangan dalaman syarikat tanpa dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan. Penerbit filem itu, Elepfilm Entertainment menegaskan, langkah drastik tersebut diambil setelah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ASA 2026 diperbaharui, tampil konsep Broadway sempena 80 tahun RTM

KUALA LUMPUR – Penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA) bakal tampil dengan kelainan menerusi pembaharuan konsep dan penstrukturan kategori pertandingan, sejajar usaha memastikan acara berprestij itu terus seiring perkembangan industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi