Empat unit Starlink perkukuh capaian komunikasi pasca banjir di Paitan

PAITAN – Kerajaan Sabah mengambil langkah pantas memperkukuh sistem komunikasi di daerah ini apabila empat unit satelit Starlink diserahkan bagi memulihkan capaian internet di kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, empat unit satelit berkenaan disediakan oleh SabahNet Sdn Bhd (SabahNet), agensi di bawah Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, sebagai langkah intervensi segera susulan gangguan komunikasi yang menjejaskan beberapa kawasan pedalaman di Paitan.

“Inisiatif itu bertujuan memastikan saluran komunikasi dapat dipulihkan dengan kadar segera, sekali gus melancarkan penyelarasan bantuan kepada mangsa banjir.

“Capaian internet amat kritikal ketika situasi bencana. Ia bukan sahaja memudahkan penyampaian maklumat tepat dan pantas, malah menyokong operasi menyelamat, pengurusan pusat pemindahan sementara serta proses pemulihan pasca bencana,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Ahad.

Menurutnya, penggunaan teknologi satelit seperti Starlink mampu menjadi penyelesaian efektif di kawasan pedalaman yang berdepan kekangan infrastruktur telekomunikasi konvensional, khususnya ketika berlaku bencana alam yang menjejaskan rangkaian sedia ada.

Tambahnya, penyerahan kemudahan tersebut telah diberikan kepada Pegawai Daerah Paitan, Joloning Joe Majambu, dalam satu majlis ringkas di sini.

Sementara itu, Joloning berkata pihak pejabat daerah akan menyelaras penempatan keempat-empat unit berkenaan di lokasi yang dikenal pasti memerlukan capaian internet segera, termasuk pusat pemindahan sementara dan kawasan operasi agensi keselamatan.

“Langkah proaktif kerajaan negeri itu dilihat sebagai manifestasi komitmen berterusan dalam memperkasa infrastruktur digital luar bandar, di samping memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, terutama ketika berdepan situasi kecemasan,” ujarnya.

Dalam pada itu, dengan penyerahan kemudahan tersebut, proses penyampaian bantuan dan pemulihan di Paitan dijangka dapat dipercepatkan, sekali gus mengurangkan impak bencana terhadap komuniti terjejas.

Related Posts

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

SEMPORNA – Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

TAWAU – Generasi muda Malaysia berupaya muncul sebagai inovator bertaraf dunia dengan memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi