JPS diseru segerakan tebatan banjir Fasa 1B Sungai Tawau

TAWAU – Kerajaan menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diseru agar menyegerakan projek tebatan banjir Fasa 1B Sungai Tawau pada tahun ini agar masalah banjir di Tawau khususnya kawasan Sin Onn dan Jalan Chong Thien Vun dapat diselesaikan.

Ahli Jawatankuasa DAP Sabah, Philip Yap berkata, kelewatan projek tebatan banjir Fasa 1B menyebabkan berlakunya ‘bottleneck’ di Taman Green dan mengakibatkan air sungai melimpah ke kawasan perumahan yang terletak di kawasan tanah rendah.

“Tebatan Fasa 1A telah siap sepenuhnya di bahagian hilir Sungai Tawau namun Fasa 1B mengalami kelewatan disebabkan faktor kos serta masalah pampasan tanah di tepi sungai.

“Kejadian banjir yang serius semalam dan rata-rata warga Tawau menjadi mangsa dengan paras air yang naik mendadak susulan hujan lebat yang berterusan selama 3 jam.

“Kejadian banjir bertambah teruk dengan paras air laut pasang menjadikan air naik ke paras pinggang di kawasan Batu 3 1/2 Jalan Sin Onn serta beberapa tempat kediaman di Jalan Chong Thien Vun,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.

Tegas Philip, Kampung Baru dan Kampung Saddani yang juga terletak di tepi Sungai Tawau sangat terkesan dengan kejadian banjir dan penduduk akan berasa lega sekiranya projek tebatan banjir Sungai Tawau dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

“Setiap kali berlaku banjir, kita melihat banyak perabot musnah serta barangan elektrik yang tidak sempat diselamatkan serta kenderaan yang tersadai dalam air banjir.

“Amat diharapkan kerajaan memandang berat terhadap perkara ini agar rakyat tidak terus menderita setiap kali berlakunya bencana banjir.

“Semoga yang terkesan terus tabah menghadapi ujian ini terutamanya pada musim perayaan,” ujarnya.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos