30 asnaf terima sumbangan bakul makanan

KOTA KINABALU – Seramai 30 asnaf menerima bakul makanan sempena bulan Ramadan anjuran Pergerakan Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk memperkukuh semangat kebersamaan dan solidariti dalam masyarakat.

“Kita mahu memastikan golongan asnaf tidak terpinggir, lebih-lebih lagi dalam suasana kos sara hidup yang semakin mencabar.

Bantuan ini mungkin kecil, tetapi besar maknanya kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya semasa merasmikan program berkenaan di Dewan Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS), Sembulan pada Sabtu.

Tambahnya, sumbangan tersebut merupakan komitmen berterusan Wanita GRS dalam membantu golongan memerlukan, khususnya ketika umat Islam menjalani ibadah puasa.

Azizah turut menyeru syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar tampil bersama menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf dan keluarga kurang berkemampuan.

“Selain menyumbang dalam bentuk kewangan atau barangan, syarikat-syarikat termasuk GLC juga digalakkan memperbanyakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bersifat berterusan, agar amalan kebajikan ini menjadi budaya dan bukan sekadar bermusim.

“Bantuan yang diberikan oleh syarikat korporat dan badan bukan kerajaan bukan saja mampu mengurangkan kos perbelanjaan golongan kurang berkemampuan, malah turut membantu mengurangkan kos kerajaan dalam menyediakan kemudahan untuk tujuan itu,” ujarnya.

Dalam majlis tersebut, Azizah menyerahkan bakul makanan kepada mewakil Parlimen Beaufort, Sipitang, Kimanis, Putatan dan Perkumpulan Perempuan Sabah.

Hadir sama pada majlis ialah Setiausaha Wanita GRS, Salmah Sait; Timbalan Bendahari Wanita GRS, Datuk Surinam Sadikun; Ketua Penerangan Wanita GRS, Datin Belynda Buntot serta para penerima sumbangan.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017