Enam warga asing dicekup jalankan aktiviti pelacuran di Kuching

KUCHING – Kegiatan pelacuran di sebuah rumah di Jalan Stutong akhirnya terbongkar selepas digempur pihak polis pada 20 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, dalam serbuan tersebut, seramai enam individu warganegara asing telah berjaya ditahan. Beliau menjelaskan bahawa kesemua suspek yang ditahan itu berumur antara 30 hingga 40 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran.

“Kesemua tangkapan telah ditahan bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, kes tersebut turut disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu atas kesalahan melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan. Kesalahan ini memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tambah Alexson, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, dan boleh dikenakan sebatan sehingga enam kali.

Susulan kejadian itu, beliau menyeru orang ramai untuk terus tampil menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pelacuran di kawasan masing-masing.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus pusat kawalan IPD Kuching di talian 082-244444.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan