Dua lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Op Bersepadu IPD Saratok

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi berkenaan bertujuan menurunkan kadar jenayah indeks khususnya di kawasan panas, selain meningkatkan kehadiran polis melalui rondaan pencegahan serta pemeriksaan terhadap individu dan kenderaan yang mencurigakan.

“Operasi ini berlangsung dari jam 3 petang hingga 6 petang itu diketuai oleh Insp Wealy James dengan kekuatan seramai 17 anggota,” katanya.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 30 individu dan 25 kenderaan telah diperiksa, manakala 18 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Menurut beliau, tangkapan dilakukan ketika anggota yang menjalankan rondaan di Jalan Lubok Nitik menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki tempatan berusia 25 dan 23 tahun berada di dalam kenderaan tersebut.

“Semakan mendapati suspek pertama mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes narkotik, manakala suspek kedua mempunyai satu rekod kesalahan sama,” jelasnya.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kedua-dua suspek kemudiannya ditahan untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Dalam operasi sama, rondaan turut dijalankan di sepanjang Jalan Pan Borneo serta di kawasan pasar, kampung dan taman perumahan sekitar Kabong, Saratok dan Roban bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Related Posts

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

IPOH – Seekor harimau belang betina seberat 94 kilogram berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak selepas memasuki perangkap yang dipasang berhampiran sebuah kandang lembu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran