Operasi pembenihan awan berjaya tingkatkan paras air empangan

IPOH – Operasi pembenihan awan yang dilaksanakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berjaya meningkatkan paras air di dua empangan utama negeri ini, sekali gus meredakan kebimbangan terhadap isu bekalan air dan penjanaan elektrik.

Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad berkata, operasi tersebut dilaksanakan atas permintaan kerajaan negeri susulan penyusutan paras air di Empangan Bukit Merah dan Tasik Temengor akibat cuaca panas berpanjangan.

Menurut beliau, kejayaan operasi itu dapat dilihat apabila hujan turun dalam tempoh yang panjang sejak minggu lalu.

“Oleh kerana operasi itu berjaya, hujan mula turun dalam tempoh panjang sejak minggu lalu. Ada ketikanya berlarutan pada setiap petang dan ia sekali gus berjaya menambah paras air di kawasan empangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Perak, di sini, pada Khamis. Turut hadir Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah.

Saarani menjelaskan, peningkatan paras air amat penting bagi memastikan kelangsungan operasi penjanaan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak terjejas.

Katanya, jika pembenihan awan tidak dilakukan dan keadaan kering berlarutan tanpa sebarang tindakan, ia dikhuatiri menjejaskan sistem pengairan khususnya bagi aktiviti pertanian di Kuala Kangsar dan Teluk Intan.

“Apabila paras air rendah, pihak TNB tidak dapat melepaskan air ke hilir Sungai Perak sehingga boleh menyebabkan situasi air kering di Kuala Kangsar hingga ke Teluk Intan.

“Selain itu, ia turut menjejaskan muka sauk kendalian Lembaga Air Perak dan juga Jabatan Pengairan dan Saliran,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Saarani turut menafikan dakwaan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di Ipoh termasuk Manjoi baru-baru ini berpunca daripada limpahan Sungai Perak.

Sebaliknya, beliau menjelaskan kejadian itu berlaku berikutan hujan terlalu lebat dalam tempoh singkat sehingga sistem perparitan sedia ada tidak mampu menampung jumlah air yang banyak.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula