Mahkamah Tinggi Khas perkasa keyakinan rakyat, kes rasuah tidak dilayan ringan

PUTRAJAYA – Penubuhan Mahkamah Tinggi Khas Rasuah disifatkan sebagai manifestasi komitmen serius kerajaan dan institusi diraja untuk memastikan tiada lagi kompromi terhadap salah laku rasuah.

Pakar Undang-Undang Antarabangsa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Salawati Mat Basir berkata, langkah itu juga menjadi isyarat jelas bahawa negara kini berada dalam fasa lebih agresif bagi memerangi rasuah secara holistik.

Menurut beliau, kewujudan mahkamah khas itu dapat mengukuhkan lagi rantaian keadilan apabila kes rasuah bukan sahaja dibicarakan secara khusus, malah rayuan juga dapat didengar dalam kerangka yang lebih fokus dan berautoriti.

“Secara jujurnya ia satu perkembangan positif. Ini menunjukkan komitmen negara dan kerajaan untuk memastikan mereka yang melakukan kesalahan didakwa, tetapi pada masa sama tetap diberi ruang pembelaan yang adil, baik untuk pendakwaan mahupun tertuduh.

“Berdasarkan struktur sistem perundangan negara, Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih luas dan nilai tuntutan yang lebih tinggi, justeru mampu memperkasakan pengendalian kes rasuah dengan lebih menyeluruh.

“Penubuhan ini juga mempamerkan komitmen serta aspirasi daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mahupun pentadbiran, kepimpinan serta rakyat bersih dan bebas daripada gejala rasuah,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Dalam pada itu, mengulas sama ada penubuhan mahkamah itu mencerminkan komitmen badan kehakiman terhadap integriti dan ketelusan, Salawati berkata, tindakan tersebut membuktikan kerajaan tidak sekadar membuat seruan, sebaliknya mengambil langkah konkrit.

Beliau berpandangan, tindakan terhadap individu berprofil tinggi dalam beberapa kes kebelakangan ini turut memperlihatkan pendekatan tanpa memilih bulu, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara serta era menyasarkan ‘ikan bilis’ semata-mata sudah berlalu.

“Langkah kerajaan ini adalah untuk memastikan keadilan dipamerkan, kita tunjukkan bahawa kerajaan bukan hanya bercakap sahaja namun adalah tindakannya dan (penubuhan Mahkamah Khas Rasuah) inilah bukti dan seriusnya untuk membanteras rasuah.

“Dulu mungkin melibatkan kes kecil, tetapi kini kes berprofil tinggi dan melibatkan jumlah besar juga dibawa ke mahkamah. Ini memberi isyarat bahawa penguatkuasaan lebih tegas sedang dilaksanakan dan tidak lagi memilih bulu dalam melaksana pendakwaan,” katanya.

Salawati memaklumkan, walaupun usaha membanteras rasuah tidak mampu menghapuskan gejala itu sepenuhnya dalam tempoh singkat, komitmen berterusan dan kepimpinan tegas dalam agensi serta institusi berkaitan mampu menghakis budaya tersebut secara berperingkat.

“Sekarang yang berjuta-juta pun didakwa. Ini perubahan besar dalam landskap penguatkuasaan. Sebagai contoh kes di Kementerian Pertahanan, ucapan Panglima Angkatan Tentera baharu yang komitmen memperkasa integriti adalah permulaan dalam menghakis kejahatan yang telah lama bertapuk. Mungkin selepas ini tiada lagi yang berani kembali kepada budaya (rasuah). Jadi, sedikit demi sedikit lopak kotor ini akan tertanggal.

“Rakyat sekarang memerhati dan tidak peduli. Kalau ada yang kata diri mereka bersih namun kena (tuduhan dan pendakwaan rasuah), janganlah marah dan kena terima hakikat untuk menghadapi pertuduhan bagi membuktikan mereka tidak bersalah,” katanya.

Sementara itu, Salawati berpandangan, langkah berkenaan selari dengan Pelan Antirasuah Nasional serta agenda reformasi institusi negara, malah wajar dipuji sebagai inisiatif luar biasa dalam memperkukuh tadbir urus.

Bagaimanapun, jelasnya, kekuatan sebenar mahkamah khas itu bergantung kepada kualiti pendakwaan dan setiap kes perlu dibuktikan dengan kukuh tanpa kelemahan teknikal bagi mengelakkan wujudnya persepsi ‘pendakwaan terpilih’, khususnya dalam kes rasuah berprofil tinggi.

“Bila Timbalan Pendakwa Raya berjaya membuktikan, itu satu kejayaan. Justeru, penting pendakwaan tidak boleh ada masalah teknikal atau kekurangan bukti. Ini kerana ada pihak yang menanti untuk menyalahkan kerajaan.

“Mahkamah menilai berdasarkan bukti. Jika pembuktian lemah atau ada kecacatan teknikal, ia boleh dimanipulasi untuk mempertikaikan integriti sistem selain kes sukar untuk disabitkan,” katanya.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Noor Ruwena Md Nurdin dilantik mengetuai Mahkamah Tinggi Rasuah Khas Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa 1 April.

Arahan Pertukaran Hakim Mahkamah Tinggi Malaya itu dinyatakan dalam Pekeliling Bilangan 3/2026 yang disiarkan di laman sesawang Badan Peguam Malaysia.

Penubuhan mahkamah khas berkenaan menyusuli titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ketika pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 pada 19 Januari lalu.

Related Posts

Rakyat Malaysia makan lebih 32kg ayam dan unggas setahun, antara tertinggi dunia

RAKYAT Malaysia menggunakan kira-kira 32.22 kilogram daging unggas seorang pada 2025, menunjukkan ayam dan produk unggas kekal antara sumber protein yang paling banyak menjadi pilihan dalam negara. Data terkini Statista…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari