Hargai nyawa di jalan raya, rancang perjalanan elak kesesakan sempadan

LAWAS – Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan menghargai nyawa, khususnya sepanjang musim perayaan yang sering menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan terutama di kawasan sempadan.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong berkata, aspek keselamatan di jalan raya bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa semata-mata, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab bersama semua pihak.

Menurutnya, pihak polis sentiasa menjalankan tugas secara profesional bagi memastikan keselamatan awam terjamin, termasuk melalui pelaksanaan operasi khas dan pemantauan berterusan di lokasi berisiko tinggi.

“Namun begitu, kerjasama masyarakat amat diperlukan demi memastikan keselamatan diri sendiri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain sentiasa terpelihara.

“Kita komited mahu setiap individu yang keluar dari rumah untuk pulang ke kampung atau menjalankan urusan harian dapat kembali dengan selamat ke pangkuan keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Op Selamat 25 Tahun Baru Cina 2026 dan Program Sempena Bulan Ramadan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas di Jalan Utama SMK Lawas, baru-baru ini.

Menyentuh mengenai kesesakan di kawasan sempadan, Henry Sum menjelaskan, perkara tersebut telah dirujuk kepada pihak berkuasa yang melibatkan rundingan dua negara bagi mencari penyelesaian terbaik.

Malah, tegas beliau, isu kesesakan sempadan itu turut disuarakan di Dewan Rakyat agar satu pendekatan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan demi keselesaan rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta mematuhi segala peraturan jalan raya.

“Jangan sesekali memandu dalam keadaan letih atau menggunakan telefon bimbit ketika memandu kerana ia boleh mengundang tragedi yang tidak diingini,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Lawas, Leong Tindan; Pegawai Bomba Daerah Lawas, Clarence Tiandun; Pegawai Pengangkutan Jalan Daerah Lawas, Hadri Rahman; Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lawas, Maradona Tatah serta Pegawai Komuniti Daerah Parlimen Lawas, Mohd. Mu’izzuddin Shafie.

Related Posts

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

KOTA KINABALU – Kota Belud, Penampang dan Sepanggar dikenal pasti antara kawasan utama yang dicadangkan untuk melalui kajian semula persempadanan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), selaras dengan keperluan semasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

PUSA – Kerja pembinaan dewan serbaguna di Sekolah Kebangsaan (SK) Beladin  terpaksa dihentikan serta-merta susulan penemuan pelepasan gas misteri dari bawah tanah di tapak projek tersebut. Kejadian itu mula disedari pada jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok