Saksi kes bunuh 5 sekeluarga masih trauma

KUANTAN – Remaja berusia 15 tahun yang juga saksi kejadian dalam kes lima sekeluarga maut di kawasan perumahan Cherating Damai, di sini masih dalam keadaan trauma dan belum bersedia untuk sesi kaunseling.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Khairul Amri Ahmad, berdasarkan pertemuan dengan saksi yang juga adik bongsu suspek.

“Pegawai JKM Kuantan bertemu saksi itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, kelmarin. Turut sama bapanya.

“Pada pertemuan itu saksi terbabit dilihat masih lagi trauma dan belum bersedia untuk sesi kaunseling.

“Justeru, bapanya mengambil keputusan membawanya pulang ke FELDA Neram di Kemaman, Terengganu untuk menenangkan remaja terbabit,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Media sebelum ini melaporkan adik bongsu suspek terdengar pertengkaran berlaku kira-kira jam 7 pagi semasa dia berada di bilik tidur.

Khairul Amri berkata, JKM Kuantan memutuskan untuk merujuk kes berkenaan kepada JKM Kemaman dan mereka dikatakan bersedia menyantuni keluarga terbabit, termasuk mengadakan sesi kaunseling.

“Saya difahamkan JKM Kemaman hari ini mengadakan pertemuan dengan bapa saudara dan bapa kandung saksi bagi membantu remaja terbabit yang masih trauma,” katanya.

Related Posts

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, mempersoalkan kesahihan proses proklamasi yang dikaitkan dengan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Aminuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

KOTA KINABALU – Hak dan kepentingan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terus diperjuang dan direalisasikan melalui semangat kerjasama erat bersama Kerajaan Persekutuan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

Pembantu kedai cermin mata ditahan kes pecah amanah RM179,000

Pembantu kedai cermin mata ditahan kes pecah amanah RM179,000