Bayar zakat fitrah lebih awal, beri ruang Baitulmal bantu asnaf sebelum raya

MUKAH – Umat Islam di daerah ini digesa menunaikan pembayaran zakat fitrah lebih awal bagi memastikan proses kutipan dan agihan kepada golongan asnaf dapat dilaksanakan secara lancar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Bahagian Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Bahagian Mukah, Osman Immun berkata, kadar zakat fitrah yang ditetapkan bagi tahun ini ialah RM7.50 seorang.

Menurut beliau, pembayaran awal bukan sahaja memudahkan urusan pembayar, malah membantu pihak pengurusan menyelaras agihan kepada golongan memerlukan secara lebih teratur dan efisien.

“Pembayaran lebih awal amat digalakkan kerana ia membantu mengelakkan kesesakan pada saat akhir serta memberi ruang kepada pihak Baitulmal menyalurkan bantuan kepada asnaf sebelum Aidilfitri,” katanya ketika ditemui di pejabat Baitulmal di sini, hari ini.

Beliau berkata, masih terdapat segelintir masyarakat yang menangguhkan bayaran sehingga hari-hari terakhir Ramadan, sekali gus menimbulkan kesesakan dan risiko terlupa menunaikan kewajipan tersebut.

“Kutipan awal membolehkan bantuan diagihkan lebih cepat supaya golongan asnaf dapat membuat persiapan Aidilfitri dengan lebih sempurna dan bermakna,” tegasnya lagi.

Orang ramai boleh menunaikan zakat fitrah di Pejabat Tabung Baitulmal Mukah, Masjid Setia Raja Mukah atau melalui amil zakat fitrah bertauliah yang dilantik oleh pihak berkuasa agama di kawasan masing-masing.

Osman turut menegaskan bahawa zakat fitrah bukan sekadar kewajipan individu, tetapi mencerminkan keprihatinan sosial dalam membantu golongan kurang berkemampuan.

Foto: JAPEN Mukah

Related Posts

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

LIMBANG – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) disaran terus memperkukuh peranan sebagai platform memperkasa wanita dalam pelbagai bidang. Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah berkata, PPWS perlu memberi penekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket sedia ‘call gateway’ bantu scam luar negara tumpas, tiga lelaki ditahan

IPOH – Tiga lelaki tempatan ditahan selepas polis membongkar sindiket yang dipercayai menyediakan rangkaian komunikasi sebagai ‘call gateway’ bagi membantu kegiatan penipuan dalam talian yang dipercayai dikendalikan dari luar negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony