Bazar Ramadan Satok 2026 kembali meriah, 108 tapak jualan jadi tumpuan warga Kuching

KUCHING – Bazar Ramadan Satok 2026 kembali menjadi tumpuan warga bandar ini apabila menawarkan sebanyak 108 tapak jualan pelbagai juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini.

Bazar anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu mula beroperasi pada 19 Februari hingga 20 Mac 2026 dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Utiliti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki.

“Daripada 108 tapak jualan yang disediakan, sebanyak 82 tapak menjual makanan, 22 tapak minuman dan empat tapak khusus untuk makanan panggang, dengan waktu operasi bermula dari jam 2 petang hingga 7 petang setiap hari,” menurut DBKU dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menambah, penganjuran bazar ramadan bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada orang ramai mendapatkan juadah berbuka puasa, malah menjadi platform menjana pendapatan kepada peniaga kecil dan usahawan tempatan.

Dalam pada itu, DBKU menekankan kepentingan menjaga kebersihan sepanjang tempoh operasi bazar dengan menggalakkan pengunjung dan peniaga mengamalkan prinsip 3R iaitu ‘Reduce, Reuse dan Recycle’.

“Bagi tujuan itu, tong kitar semula dan tong kompos disediakan di setiap lokasi bazar bagi memastikan pengurusan sisa dilaksanakan secara teratur dan mesra alam,” katanya lagi.

Selain Bazar Ramadan Satok, DBKU turut meluluskan 10 permit bazar Ramadan di sekitar Kuching yang melibatkan seramai 828 penjaja bagi memastikan keperluan masyarakat dapat dipenuhi sepanjang bulan Ramadan.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara