Gotong-royong bersih Tanah Perkuburan Islam Batu Miris erat ukhuwah menjelang Ramadan

LIMBANG – Semangat kebersamaan jelas terpancar apabila kira-kira 70 penduduk Kampung Patiambun bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Batu Miris dalam program yang diadakan pagi tadi.

Ketua Kampung Patiambun, Nazib Osman berkata, program tahunan yang dianjurkan menjelang ketibaan bulan Ramadan itu bertujuan memastikan kawasan perkuburan sentiasa berada dalam keadaan bersih, terurus dan selesa untuk diziarahi waris serta penduduk kampung.

“Seawal pagi, para peserta yang terdiri daripada golongan dewasa, warga emas dan belia mula berkumpul sebelum dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan secara sistematik.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk menebas dan memotong rumput liar, memangkas dahan pokok yang menghalang laluan, membersihkan kawasan sekitar kubur, membaiki pagar yang rosak serta mengutip dan mengumpul sampah sarap untuk dilupuskan,” katanya semasa ditemui wartawan.

Nazib berkata, program tersebut bukan sahaja bertujuan menceriakan kawasan perkuburan, malah sebagai usaha menyemai nilai tanggungjawab dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat terhadap kebersihan serta kesucian tanah perkuburan.

“Tanah perkuburan adalah tempat yang mulia dan menjadi lokasi ziarah ahli keluarga yang telah pergi.

“Justeru, menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan ia sentiasa dalam keadaan bersih dan terpelihara,” katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur atas sambutan dan komitmen yang ditunjukkan penduduk kampung.

“Alhamdulillah, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Surau Darul Hidayah yang telah menggerakkan program ini dengan begitu teratur.

“Terima kasih juga kepada penghulu dan seluruh penduduk kampung yang hadir serta memberikan kerjasama padu dalam menjayakan gotong-royong pada hari ini,” katanya.

Kerjasama erat antara jawatankuasa dan penduduk kampung menjadi kunci utama dalam memastikan setiap program kemasyarakatan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Penganjuran program tersebut sekali gus mencerminkan kesepakatan dan kesungguhan masyarakat Kampung Patiambun dalam memastikan kebajikan komuniti sentiasa terpelihara serta menyambut kedatangan Ramadan dalam suasana yang lebih bermakna.

Related Posts

Operasi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal berakhir, nasib lebih 450 pekerja jadi persoalan

KEMAMAN— Operasi kilang bioteknologi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal ditamatkan pada 15 Oktober ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai nasib lebih 450 pekerja yang dikatakan terkesan. Maklumat ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga Myanmar mabuk belasah polis didakwa di mahkamah

RAUB – Dua warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan bersama menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis, bulan lepas. Bagaimanapun, pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir