Gadis bertudung sertai pasukan tarian singa, simbol perpaduan unik di Mukah

MUKAH – Kehadiran gadis bertudung berbangsa Melanau dalam pasukan tarian singa mencuri perhatian ramai ketika majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina 2026 di kediaman Kapitan Kueh Bing Chuan semalam, sekali gus mencerminkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Salah seorang gadis berkenaan dilihat memainkan alat muzik dram bersama pasukan tarian singa Mukah sebagai sebahagian daripada persembahan tradisi bagi memeriahkan sambutan serta menghormati kehadiran tetamu kehormat.

Persembahan tersebut diadakan bersempena kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine; ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi serta Pegawai Daerah Mukah, Paleadzman Ahip bersama keluarga.

Tindakan gadis tersebut menyertai pasukan tarian singa bukan sahaja menunjukkan keterbukaan budaya, malah menjadi simbol nyata perpaduan masyarakat Mukah yang hidup dalam suasana saling menghormati tanpa mengira latar belakang agama dan kaum.

Di Sarawak, penglibatan masyarakat pelbagai kaum dalam aktiviti kebudayaan berbeza bukan sesuatu yang asing, sebaliknya telah menjadi sebahagian daripada identiti negeri yang terkenal dengan keharmonian dan semangat kekitaan.

Majlis rumah terbuka itu turut menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum yang hadir bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dalam suasana meriah, sekali gus memperkukuh hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat di kawasan Mukah.

Persembahan tarian singa berkenaan menjadi antara tarikan utama majlis, selain mencerminkan kekayaan budaya dan semangat perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan masyarakat di Sarawak.

Related Posts

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan pembangunan pusat data baharu di kawasan yang tidak mempunyai kapasiti bekalan air dan tenaga mencukupi bagi menampung keperluan industri berkenaan. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

IPOH – Lebih RM4.08 juta nilai barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah dan ketum dilupuskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak selepas kira-kira 5,000 kertas siasatan berkaitan kes berkenaan selesai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?