Karnival STEM Sihat perkasa ilmu universiti kepada komuniti

KOTA KINABALU – Karnival STEM Sihat @ Membakut membuktikan komitmen institusi pengajian tinggi dalam memperkukuh pemindahan ilmu sains dan teknologi kepada komuniti luar bandar, sekali gus melahirkan generasi celik sains yang menitikberatkan amalan gaya hidup sihat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pendekatan menggabungkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kesihatan adalah signifikan dalam membentuk generasi masa hadapan yang seimbang dari segi intelek dan kesejahteraan diri.

“Dalam dunia yang semakin dipacu teknologi dan inovasi, penguasaan STEM bukan lagi satu pilihan tetapi keperluan. Generasi muda perlu dilengkapi kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan berdaya saing.

“Pendekatan pembelajaran melalui eksperimen, pameran dan demonstrasi secara langsung bukan sahaja menarik minat murid, malah membantu mereka memahami konsep sains dengan lebih mudah dan menyeronokkan,” katanya semasa merasmikan karnival berkenaan di Sekolah Kebangsaan Kampung Brunei, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politik Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Abd Wahid Abd Razak.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Kasim Hj. Mansor berkata, penganjuran program tersebut mencerminkan hubungan strategik antara universiti, sekolah dan komuniti dalam memperkasa pendidikan serta memindahkan kepakaran saintifik kepada masyarakat.

“Ia selaras dengan pelaksanaan Kitaran 2 Program STI 100³ di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang menekankan pemindahan ilmu dan kepakaran daripada universiti kepada masyarakat.

“Gabungan pendidikan STEM dan elemen kesihatan ini mencerminkan usaha membangunkan insan secara holistik meliputi aspek intelek, jasmani dan kesejahteraan diri,” ujarnya.

Program tersebut turut membuka ruang kepada pelajar universiti dan pendidik berkongsi kepakaran serta inovasi dalam bidang STEM selain memperkukuh kolaborasi antara institusi pengajian tinggi, sekolah dan komuniti setempat.

Program anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi U-Science itu menghimpunkan kerjasama strategik Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Hospital UMS (HUMS) serta Kelab Robotik UMS dalam usaha menyampaikan ilmu secara interaktif dan berimpak tinggi kepada pelajar sekolah.

Related Posts

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

MUKAH – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib mengumumkan, peruntukan khas RM50,000 bagi menjayakan kelas tuisyen percuma dan sumbangan gajet pintar kepada pelajar di Parlimen Mukah pada Jumaat. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

SHAH ALAM – Selangor mencatat perkembangan positif dalam pengurusan bekalan air apabila negeri itu tidak mengalami gangguan air berskala besar sejak tahun lalu susulan pelaksanaan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam