Himpunan #TangkapAzamBaki terkawal, berakhir dengan aman

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan Himpunan Aman #TangkapAzamBaki yang berlangsung di ibu kota, pada Ahad berakhir secara aman.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, akan meneliti keseluruhan ucapan dan kandungan himpunan tersebut

Menurut beliau, penelitian itu dibuat melalui risikan dan semakan menyeluruh dari awal hingga tamat perhimpunan bagi memastikan tiada sebarang isu menyentuh sensitiviti 3R iaitu perkauman, agama dan institusi diraja.

“Walaupun perhimpunan ini berjalan dengan baik dan berakhir secara aman, pihak polis melalui risikan dan penyiasatan akan meneliti semula keseluruhan perhimpunan ini daripada awal sehingga selesai.

“Tujuan penelitian ini adalah untuk memastikan tiada isu yang dikaitkan dengan 3R dan sekiranya terdapat sebarang perkara berbangkit, pihak polis akan mengambil tindakan serta-merta untuk membuka siasatan dan menjalankan tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Dataran Merdeka, pada Ahad.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam yang juga berperanan sebagai komander operasi di lapangan.

Mengulas mengenai perhimpunan, Fadil berkata, himpunan berjalan tanpa sebarang kejadian yang mengganggu ketenteraman awam.

“Pihak polis menghargai kerjasama orang ramai serta penganjur yang mematuhi arahan penguatkuasaan sepanjang perhimpunan berlangsung,” katanya.

Katanya, perhimpunan itu bermula kira-kira jam 4 petang di kawasan Sogo sebelum bergerak secara perlahan ke Dataran Merdeka dan berakhir kira-kira jam 6 petang dengan kawalan dan pemantauan pihak polis.

“Anggaran kehadiran lebih kurang 200 orang termasuk penganjur dan penceramah, manakala kekuatan polis seramai kira-kira 600 anggota dikerahkan bagi memastikan kawalan keselamatan serta kelancaran perhimpunan.

“Anggota yang bertugas membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta bantuan dari daerah berhampiran,” katanya.

Terdahulu, himpunan aman #TangkapAzamBaki dianjurkan Sekretariat Tangkap Azam Baki bagi menyuarakan beberapa desakan tuntutan berkaitan isu rasuah serta kebertanggungjawaban institusi penguatkuasaan.

Peserta membawa sepanduk dengan pelbagai mesej tuntutan, selain beberapa ucapan disampaikan sepanjang perhimpunan berlangsung sebelum ia berakhir tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Turut hadir di lokasi perhimpunan ialah beberapa Ahli Parlimen, antaranya Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli serta Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula