Empat individu didakwa sabotaj FB Bersatu

PUTRAJAYA – Bersatu mengesahkan empat individu disyaki terbabit dalam tindakan sabotaj akaun Facebook (FB) milik parti ketika konflik kepimpinan parti itu memuncak dengan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin sejak Jumaat.

Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Harris Idaham Rashid berkata, mereka yang disyaki itu mempunyai hubungan rapat dengan Ahli Parlimen Larut itu.

Tambahnya, dalam kalangan empat pengendali yang disahkan mempunyai akses ketika akaun FB Bersatu disabotaj juga mempunyai hubungan dengan bekas Ketua Armada yang juga Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Keempat-empat mereka juga mempunyai akses kepada kandungan, mesej dan panggilan, aktiviti komuniti, iklan, analitik serta akses memberi kebenaran dan memadam halaman.

“Semua pengendali yang mempunyai akses ketika tempoh kejadian sudah dikeluarkan daripada akses ke akaun pada jam 12.41 tengah malam tadi. Pengurusan akaun itu kini kembali kepada pegawai Bersatu,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Mengulas kronologi kejadian sabotaj itu, Harris memaklumkan, hantaran berunsur sabotaj bermula jam 8.54 pagi semalam dan berakhir jam 11.44 malam hari sama.

Katanya, sebanyak 21 hantaran dibuat oleh salah seorang pentadbir dalam tempoh hampir 15 jam, yang menonjolkan Hamzah secara positif, namun sebaliknya terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Armada bersyukur dapat memainkan peranan penting bersama beberapa individu dalam operasi kecil kami demi kepentingan dan kelangsungan parti.

“Kejadian ini membuktikan memang wujud duri dalam daging, api dalam sekam dalam kalangan segelintir kecil ahli,” katanya.

Sejak Jumaat, sejurus pemecatan keahlian Hamzah, akaun Facebook rasmi Bersatu memuat naik hantaran yang dilihat menyerang Muhyiddin, selain mendedahkan isu dalaman parti yang didakwa mencetuskan kemelut politik Bersatu.

Antaranya dakwaan bahawa Muhyiddin gagal menyelesaikan masalah dalaman parti dan mempengaruhi Lembaga Disiplin Bersatu, selain hantaran mengenai kelompok Ahli Parlimen parti itu yang didakwa menyokong pengunduran Ahli Parlimen Pagoh berkenaan sebagai presiden.

Ada juga hantaran mengenai hubungan Pas dan Bersatu yang didakwa terjejas berpunca kegagalan presiden mengawal kenyataan yang sering dikeluarkan oleh Ketua Penerangan parti, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Semalam, Tun Faisal dalam satu kenyataan, mendakwa laman FB Bersatu diceroboh dan memuat naik kandungan tidak sah, tidak mewakili pendirian rasmi parti dan dibuat tanpa kebenaran kepimpinan bagi menyerang parti dan pemimpin.

“Bersatu memandang serius tindakan ini kerana ia membabitkan pencerobohan akses digital dan penyalahgunaan platform komunikasi rasmi parti, yang boleh mengelirukan ahli serta masyarakat umum,” katanya.

Berikutan itu, satu laporan rasmi dibuat kepada pihak Facebook (Meta) bagi tujuan pemulihan segera akses halaman rasmi parti, selain aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan satu laporan polis untuk siasatan jenayah.

Tambah Tun Faisal, tindakan itu dipercayai membabitkan kesalahan jenayah mengikut beberapa undang-undang, antaranya Akta Jenayah Komputer 1997 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selain Seksyen 233 akta sama iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai