Rumah ibadat haram: Kerajaan Selangor saran 3 langkah segera

BAGI memastikan keharmonian masyarakat kekal terpelihara, Kerajaan Selangor menyarankan tiga langkah segera berkaitan isu rumah ibadat dibina tanpa kelulusan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebagai langkah pertama, pemilik tanah perlu membuat laporan polis bagi membolehkan pihak PDRM menyiasat dan sekiranya terbukti berlaku pencerobohan proses pendakwaan boleh dimulakan.

Jelasnya, langkah kedua pula, notis rasmi perlu dihantar kepada pihak penceroboh dan Pejabat Daerah dengan Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKD) diaktifkan untuk meneliti perkara itu.

“Langkah ketiga, JKD bertindak sebagai pengantara dengan memanggil semua pihak berkaitan termasuk pemilik tanah, pemilik rumah ibadat, PDRM dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mencapai penyelesaian yang munasabah.

“Sekiranya rundingan gagal, pemilik tanah disarankan meneruskan proses mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan.

Amirudin menegaskan sebarang isu berhubung rumah ibadat yang tidak sah perlu ditangani secara teratur bagi mengelakkan ketegangan kaum dan agama.

Jelasnya, insiden yang berlaku di Rawang pada Rabu lalu telah mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, secara keseluruhan terdapat dua isu utama melibatkan rumah ibadat tidak sah iaitu yang didirikan di atas tanah milik kerajaan negeri dan tanah persendirian.

“Bagi rumah ibadat di tanah kerajaan, prosedur semasa dipertingkatkan melalui pihak berkuasa tempatan serta pengukuhan SOP (prosedur operasi standard) Jawatankuasa Rumah Ibadat Lima Agama Selangor (LIMAS).

“Manakala rumah ibadat di tanah persendirian memerlukan pemilik tanah memohon perintah mahkamah sebelum sebarang tindakan pengosongan atau perobohan dilakukan,” katanya.

Amirudin menambah, semua pihak tidak boleh bertindak sendiri tanpa melalui proses mahkamah berlandaskan Kanun Tanah Negara dan undang-undang berkaitan tanah.

“Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor memutuskan pemilik tanah perlu membuat laporan polis, menghantar notis rasmi kepada penceroboh, dan memaklumkan Pejabat Daerah.

“JKD akan bertindak sebagai pengantara untuk mencapai penyelesaian munasabah, jika gagal proses mahkamah boleh diteruskan,” katanya.

Amirudin berkata, pendekatan itu diambil bagi memastikan keseluruhan proses melibatkan pihak berkuasa dan mengelakkan sebarang insiden yang mampu menjejaskan keharmonian negeri.

Terdahulu, beliau mempengerusikan MKN Negeri Selangor.
Hadir sama, Ketua Polis Selangor, Panglima Markas 11 Briged, Yang Dipertua Majlis dan Pegawai Daerah bagi meneliti tahap keselamatan awam negeri.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menekankan setiap pembangunan yang dijalankan di negeri ini perlu mematuhi undang-undang sedia ada serta amalan tadbir urus yang baik.

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, baginda menegaskan perkara itu turut terpakai bagi setiap pembinaan rumah ibadat khususnya kuil Hindu supaya dilaksanakan secara teratur dari segi perundangan serta selaras dengan perancangan bandar yang mampan dan terancang.

Related Posts

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat