PH Sabah bermesyuarat pada Ahad, persetujuan bersama jadi keutamaan – Mustapha

KOTA KINABALU – PH Sabah akan mengadakan mesyuarat penting pada esok petang Ahad, bagi membincangkan penstrukturan semula kepimpinan tertinggi gabungan itu serta hala tuju baharu menjelang fasa politik seterusnya.

Ia susulan kenyataan Timbalan Pengerusi Democratic Action Party (DAP), Datuk Chan Foong Hin, berhubung cadangan penyusunan semula kepimpinan dalam PH.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Ts Mustapha Sakmud, mesyuarat berkenaan akan memberi tumpuan kepada struktur kepimpinan serta ‘the way forward’ PH Sabah bagi memastikan gabungan itu terus relevan dan kukuh.

“Kita akan bincang bagaimana menstrukturkan semula PH dan menentukan hala tuju PH Sabah. Keputusan yang dibuat akan diumumkan kepada media selepas mesyuarat,” katanya kepada media sebelum merasmikan Program Wacana RPM 2026-2035 di Hotel Ming Garden, di sini pada Sabtu.

Mengulas spekulasi sama ada PKR akan mengambil alih kepimpinan, beliau menegaskan perkara itu masih dalam perbincangan dan keputusan akan dibuat secara konsensus iaitu persetujuan bersama.

“Kita akan bincang. Yang penting, kita mahu ada kesepakatan bersama. Soal siapa yang menerajui bukan perkara mudah, tetapi kita mahu keputusan yang dipersetujui semua pihak dalam PH,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang merupakan Ahli Parlimen Sepanggar turut meluahkan rasa sedih berhubung satu kes jenayah yang berlaku di Sepanggar baru-baru ini dan berharap keadilan dapat ditegakkan.

“Saya amat sedih apabila kes ini berlaku di Sepanggar. Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak. Saya ucapkan tahniah kepada pihak polis yang berjaya merungkai kes ini dengan cepat dan fakta kes juga sudah diperoleh,” katanya.

Mustapha menggesa agar kes tersebut segera dibawa ke muka pengadilan supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat, memandangkan kejadian itu disifatkan sebagai kejam dan melibatkan sebuah keluarga.

“Saya berharap mahkamah akan membuat keputusan sewajarnya agar ia menjadi pengajaran kepada semua dan perkara seperti ini tidak berulang lagi,” tegasnya.

  • Related Posts

    Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

    SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lebih ramai muka baharu dipertaruh BN pada PRN Johor

    PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) akan mempertaruhkan lebih ramai muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang sebagai sebahagian usaha menyuntik nafas segar dalam landskap kepimpinan negeri itu.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

    DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

    Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

    Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

    Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

    Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

    Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

    Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

    Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

    Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

    PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

    PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai