Liek Hou juara dunia badminton kategori SU5 kali ke-9

JAGUH para badminton negara, Cheah Liek Hou mengekalkan kelas tersendiri apabila mempertahankan gelaran juara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) pada Kejohanan Para Badminton Dunia 2026 di Manama, Bahrain, hari ini.

Pada perlawanan akhir di Isa Sports City, Liek Hou tidak berdepan masalah melakar kemenangan 21-11, 21-11 ke atas Fang Jen-Yu dari Taiwan dalam tempoh 28 minit, sekali gus meraih gelaran dunia kesembilan sepanjang kariernya.

Sebelum ini, Liek Hou merangkul kejuaraan perseorangan lelaki SU5 pada 2005, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017, 2022 dan 2024, lapor Bernama.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Paris 2024 berusia 37 tahun itu turut mengumpul enam gelaran juara dalam saingan beregu lelaki SU5 dimenanginya pada 2005, 2007, 2011, 2013, 2015 dan 2024.

Sementara itu, Liek Hou kini berpeluang menambah koleksi gelaran berganda apabila beraksi pada final beregu lelaki SU5 malam ini bersama Mohamad Faris Ahmad Azri menentang pasangan Taiwan, Jen Yu-Pu Gui Yu.

Related Posts

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji