Jamawi tekankan budaya turun padang, Ko-Nelayan capai 90% RMK12

KOTA KINABALU – Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar mengarahkan warga Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabab (Ko-Nelayan) menjadikan budaya turun padang sebagai amalan wajib dalam penyampaian perkhidmatan kepada komuniti nelayan.

“Pendekatan berasaskan laporan semata-mata tidak memadai untuk memahami realiti sebenar di lapangan.

“Pegawai perlu hadir sendiri di jeti, pasar dan kawasan pendaratan ikan bagi menilai keadaan sebenar sebelum sesuatu keputusan dibuat.

“Nelayan berada di laut, di sungai dan di pasar. Ada yang masih menggunakan sampan tanpa enjin.

“Jika kita mahu membantu, kita mesti berada di tempat mereka dan melihat sendiri keadaan itu,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Apresiasi Ko-Nelayan, pada Jumaat.

Tambah Jamawi, pemerhatian lapangan membolehkan isu seperti jeti uzur, kekurangan peralatan dan kelemahan kemudahan pemasaran dikenal pasti secara langsung dan kelewatan bertindak boleh memberi kesan kepada pendapatan nelayan dan kesejahteraan keluarga mereka.

“Ko-Nelayan telah merekodkan pencapaian fizikal 90 peratus bagi pelaksanaan program di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Daripada siling RM39,786,259, sebanyak RM36,102,198 dibelanjakan untuk melaksanakan 20 program yang diluluskan. Pencapaian itu mencerminkan kecekapan pelaksanaan serta pengurusan peruntukan agensi berkenaan.

“Prestasi tersebut perlu diteruskan menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 yang melibatkan lebih RM100 juta bagi 28 program,”ujarnya.

Menurut Jamawi, keutamaan kementerian kekal tertumpu kepada pengukuhan ekonomi dan daya tahan komuniti nelayan Sabah.

Related Posts

Jangan heret institusi raja dalam percaturan politik – Fadhlina

KUALA LUMPUR – Institusi raja tidak seharusnya diheret ke dalam percaturan politik atau dijadikan medan pertarungan kuasa, tegas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Fadhlina Sidek. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-China bukan sekadar diplomasi, hubungan berasaskan kepercayaan – Anwar

HANGZHOU – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan Malaysia-China bukan sekadar hubungan diplomatik biasa, sebaliknya berkembang menjadi persahabatan yang berteraskan kepercayaan dan keyakinan. Perdana Menteri berkata, asas berkenaan menjadi antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak sasar jadi pengeksport idea global, Miri intai pengiktirafan Bandar Kreatif UNESCO

Sarawak sasar jadi pengeksport idea global, Miri intai pengiktirafan Bandar Kreatif UNESCO

Jangan heret institusi raja dalam percaturan politik – Fadhlina

Jangan heret institusi raja dalam percaturan politik – Fadhlina

Malaysia-China bukan sekadar diplomasi, hubungan berasaskan kepercayaan – Anwar

Malaysia-China bukan sekadar diplomasi, hubungan berasaskan kepercayaan – Anwar

Subsidi elektrik Sabah perlu ditambah susulan kenaikan kos diesel

Subsidi elektrik Sabah perlu ditambah susulan kenaikan kos diesel

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440