Kabinet sambut baik pendekatan Selangor tangani isu rumah ibadat – Fahmi

PUTRAJAYA – Kabinet menyokong usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelaras dan memperkemas tatacara pengurusan isu rumah ibadat yang didirikan tanpa kebenaran pemilik tanah atau di atas tanah milik kerajaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil perhatian terhadap Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor yang berlangsung pada Khamis.

“Perdana Menteri menegaskan bahawa proses tindakan bukan oleh orang perseorangan tetapi bersama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), maka Jemaah Menteri menyambut baik kenyataan yang dibuat Menteri Besar Selangor mengenai penyelarasan proses terutama di peringkat PBT untuk menguruskan isu ini.

“InsyaAllah ia akan dapat diuruskan dengan lebih baik,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Sebelum itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dalam kenyataan selepas mesyuarat MKN Selangor memaklumkan antara tindakan yang perlu diambil ialah pemilik tanah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan dan pendakwaan dimulakan sekiranya kesalahan pencerobohan dapat dibuktikan.

Beliau turut menjelaskan notis akan dihantar kepada pihak yang menceroboh serta perkara itu dimaklumkan secara rasmi kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).

Pada masa sama, Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKD) yang dipengerusikan Pegawai Daerah akan diaktifkan di semua daerah di Selangor.

Menurutnya, JKD berperanan sebagai pengantara dengan memanggil semua pihak berkepentingan termasuk pemilik tanah, pemilik rumah ibadat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan PBT bagi mencari jalan penyelesaian yang munasabah.

Semalam, Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak dibenarkan mengambil tindakan sendiri di luar peruntukan undang-undang dalam menangani isu berkaitan rumah ibadat.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar