Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

IPOH – Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Flat Sungai Pari, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai meninggalkan kawasan sekolah secara sukarela sebelum ditemukan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

“Kedua-duanya kemudian disahkan meninggal dunia.

“Setakat ini, siasatan tidak menemukan sebarang keterangan yang menunjukkan penglibatan mana-mana pihak lain dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, menurut Mohd Alwi, siasatan masih diteruskan dan punca sebenar kematian hanya dapat disahkan selepas laporan bedah siasat serta analisis forensik diperoleh.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Polis Daerah Ipoh di talian 05-245 1500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Polis turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa serta menasihatkan orang ramai supaya menghormati privasi keluarga, tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula