JKOM jadikan SMK Tengku Menteri hab komuniti pendidikan

CHANGKAT JERING – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Menteri (SEMENTERI), di sini, menerima limpahan manfaat menerusi Projek Sekolah Angkat MADANI yang dilaksanakan oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) sebagai inisiatif strategik Kerajaan MADANI dalam memperkasakan pembangunan pendidikan luar bandar.

Ketua Pengarah JKOM, Datuk Ismail Yusop, berkata pelaksanaan projek itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk menjadikan sekolah sebagai hab komuniti pendidikan, sekali gus merapatkan jurang kemudahan dan akses antara kawasan bandar dan luar bandar.

Menurutnya, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi menjayakan projek berkenaan yang merangkumi empat skop utama dirancang secara menyeluruh dan bersasar.

“Skop pertama melibatkan pembekalan Peralatan Digital dengan peruntukan RM43,500 termasuk Smart TV beroda, pencetak laser, pencetak 3D serta projektor LCD.

“Skop kedua ialah fasiliti sokongan dengan peruntukan RM39,222, diikuti skop ketiga membabitkan peralatan sukan bernilai RM13,178, manakala skop keempat melibatkan pembangunan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) dengan peruntukan RM4,100,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan projek itu memberi manfaat secara langsung kepada 553 pelajar, 64 guru serta sembilan kakitangan sekolah.

Ismail berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran dan Penyerahan Projek Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JKOM, Kafrawi Ridzuan Termizi, Pegawai Daerah Larut, Matang, Selama (LMS), Mohd Nasrul Menhat dan Pengetua SMK Tengku Menteri, Rohani Mohamad Reha.

Sementara itu, Ismail menegaskan kejayaan sebenar Program Sekolah Angkat MADANI bukan sekadar terletak pada penyerahan peralatan, sebaliknya bergantung kepada tahap penggunaan, penyelenggaraan serta pemanfaatannya secara berterusan.

“Saya menyeru seluruh warga SEMENTERI agar menggunakan kemudahan yang disediakan dengan penuh tanggungjawab dan menjadikannya sebagai pemangkin kepada kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah terpuji serta pembangunan kemahiran masa hadapan.

“Diharapkan usaha murni ini menjadi contoh terbaik bagaimana kerjasama strategik antara kerajaan, sekolah dan komuniti mampu membawa perubahan yang bermakna,” katanya.

Related Posts

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

KOTA KINABALU – Sambutan Hari Malaysia perlu menjadi wadah memperbaharui rasa kebersamaan rakyat sebagai sebuah negara yang dibina daripada kepelbagaian, selain memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar