JPA semak semula peraturan lama, termasuk pemilikan saham penjawat awam

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melaksanakan semakan menyeluruh terhadap pekeliling, peraturan dan garis panduan yang telah berkuat kuasa lebih 20 tahun, termasuk membabitkan ketetapan berkaitan pekerjaan luar serta pemilikan saham oleh pegawai awam.

JPA dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil bagi memastikan semua dasar dan instrumen kawal selia kekal relevan dengan perubahan semasa dalam landskap pentadbiran kerajaan, ekonomi, perniagaan dan teknologi.

Katanya, pengemaskinian berkenaan turut menjadi antara fokus utama dalam pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi yang digariskan di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam.

“Ini bagi memastikan dasar kerajaan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa, namun kekal seimbang antara elemen integriti dan realiti semasa, tanpa menjejaskan prinsip ketelusan serta akauntabiliti pegawai awam,” katanya.

Pada masa sama, JPA memaklumkan semua entiti kerajaan diwajibkan menyemak semula setiap instrumen kawal selia di bawah bidang kuasa masing-masing, termasuk pekeliling, peraturan dan garis panduan.

Menurut kenyataan itu, semakan berkenaan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya setiap tiga tahun selaras dengan peruntukan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 (Akta 867) yang mula berkuat kuasa pada 1 Disember lalu.

Selain itu, proses berkenaan hendaklah mematuhi Pekeliling Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan Bilangan 1 Tahun 2025.

“Pekeliling, peraturan dan garis panduan melebihi 20 tahun atau pemakaiannya tidak lagi relevan ketika ini sedang diberi perhatian untuk dikemas kini, termasuk berkaitan pekerjaan luar dan pemilikan saham oleh pegawai awam.

“Ini berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa meliputi pelbagai aspek perubahan yang berlaku dalam persekitaran kerajaan, ekonomi, perniagaan dan teknologi,” katanya.

Related Posts

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas