SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis membongkar kes tuntutan palsu membabitkan pembekalan dan penghantaran diesel bernilai RM114,000 di sebuah jabatan di negeri ini.

Susulan pendedahan itu, seorang Pembantu Tadbir Kanan dan seorang Penolong Pegawai Tadbir masing-masing berusia 43 dan 37 tahun direman lima hari sehingga 14 Februari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Amiruldin Roslan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

Menurut sumber, kes berkenaan melibatkan tuntutan palsu bagi kerja membekal dan menghantar diesel menggunakan dua syarikat kontraktor pada tahun 2023 dan 2024.

“Bagi tahun 2023, tuntutan palsu membabitkan sebanyak 14,000 liter diesel dengan nilai lebih RM50,000, manakala pada tahun 2024 pula melibatkan 16,000 liter diesel bernilai lebih RM60,000.

“Siasatan awal mendapati tuntutan berkenaan digunakan walaupun pembekalan diesel tersebut dipercayai masih belum disempurnakan,” katanya kepada The Malaysia Press.

Katanya, kedua-dua penjawat awam terbabit dipercayai terlibat dalam memperakukan penerimaan bekalan melalui pesanan kerajaan bagi tujuan pembayaran.

Tambahnya, kedua-dua lelaki itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri pada pukul 5 petang semalam dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM.

  • Related Posts

    Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

    SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

    KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

    Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

    PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

    PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

    Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

    Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

    Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

    Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

    13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

    13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

    324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

    324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak