Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

SELEPAS berpuluh tahun pelbagai pihak menuding jari bagi melepaskan diri daripada tanggungjawab, akhirnya isu kuil haram yang terletak di Lebuhraya Utara–Selatan berhampiran Jitra mendapat lampu hijau untuk diambil tindakan.

Semalam, Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memberi keizinan kepada pihak berkuasa tempatan untuk merobohkan struktur yang jelas berstatus pembinaan haram itu.

Sebelum ini, kuil berkenaan dibiarkan terus beroperasi seolah-olah kebal daripada undang-undang. Pejabat Daerah Kubang Pasu, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), Lembaga Lebuhraya, malah wakil rakyat di peringkat DUN dan Parlimen masing-masing memilih jalan selamat iaitu menunding jari antara satu sama lain, kononnya bimbang ‘menjaga sentimen’.

Akhirnya, sentimen dijadikan alasan, manakala undang-undang dibiarkan mati di tepi lebuh raya.

Kini, dengan keizinan jelas daripada Perdana Menteri, tidak ada lagi ruang untuk berdolak-dalik. Jika masih enggan bertindak, persoalannya mudah iaitu alasan apa lagi yang mahu digunakan?

Lebih menghairankan, bagaimana sebuah kuil boleh dibina dan beroperasi di bahu lebuh raya yang sibuk, sedangkan terdapat sebuah kuil lain pada jarak kira-kira 70 meter sahaja.

Keadaan ini bukan sahaja pelik dari sudut perancangan, malah berbahaya. Sebarang majlis atau perhimpunan di lokasi tersebut berpotensi mengancam keselamatan pengguna lebuh raya.

Hakikatnya, kesalahan ini tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu pihak yang membina kuil tersebut.

Pihak berkuasa tempatan juga memikul tanggungjawab besar kerana kelewatan dan ketakutan mereka bertindak. Apa yang bermula sebagai struktur kecil sebesar pondok, kini sudah membesar seperti sebuah dewan dan semuanya berlaku di depan mata pihak berkuasa.

Maka tidak menghairankan jika pengguna lebuh raya dan penduduk sekitar akan memberi sokongan sekiranya kuil haram yang telah lama beroperasi itu dirobohkan.

Isunya bukan soal agama atau kaum, tetapi soal kedaulatan undang-undang dan keselamatan awam.

Jika pihak berkenaan masih gagal bertindak, penulis yakin satu perkara iaitu lebih banyak pembinaan haram akan muncul, kerana kelemahan penguatkuasaan sentiasa mengundang keberanian melanggar undang-undang.

Sudah sampai masanya kerajaan negeri bertindak tegas dan konsisten, supaya pembinaan haram apa jua bentuk dan atas apa jua alasan tidak lagi boleh dibina sewenang-wenangnya.

Related Posts

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

TAWAU – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 210 rumah daripada musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Titingan, pada Jumaat. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah