ATB 2 tahan 12 PATI, gagalkan penyeludupan lembu, barang kawalan

LAHAD DATU – Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya menahan 15 PATI dan mematahkan penyeludupan beberapa ekor lembu serta barang kawalan di dua lokasi berasingan, pada Ahad.

ATB 2 menerusi satu kenyataan memaklumkan, tangkapan pertama dibuat ke atas lima PATI dalam satu operasi pemintasan sebuah bot jongkong di Kampung Balambangan Kudat menerusi Op PASIR.

“Pemeriksaan mendapati bot jongkong membawa lembu dan beberapa barangan iaitu enjin pam bot dan minyak diesel.

“Rampasan telah diserahkan kepada pihak APMM Kudat untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu, pada Isnin.

Sementara itu, tujuh lagi PATI ditahan semasa rondaan operasi di kawasan persisiran pantai sekitar Pos Sinakut, Op Pasir Sektor Lahad Datu.

“Tangkapan melibatkan empat lelaki dewasa, dua wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki warga asing yang disyaki memasuki negara tanpa dokumen sah,” ujar kenyataan sama.

Menurut ATB 2, kejayaan operasi ini membuktikan komitmen berterusan ATB 2 membanteras jenayah rentas sempadan di kawasan Timur Sabah.

“Ini juga membuktikan komitmen berterusan ATB 2 serta kerjasama agensi penguatkuasaan di ESSZone,” tambah kenyataan itu.

  • Related Posts

    Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

    PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

    KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

    Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

    Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

    Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

    Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

    Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

    Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

    Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

    Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

    Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

    Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

    Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik