Bantuan JKM RM18.7 juta ceriakan golongan rentan di Limbang, Lawas sempena Hari Gawai

LIMBANG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyalurkan keseluruhan peruntukan sebanyak RM18.7 juta menerusi skim Bantuan Persekutuan dan Bantuan Negeri kepada penerima di bahagian ini sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Abdul Rahman Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM17 juta diperuntukkan bagi Bantuan Persekutuan manakala RM1.7 juta lagi melibatkan Bantuan Negeri.

Menurut beliau, sehingga Mei tahun ini pula, Pejabat JKM Limbang telah membelanjakan sejumlah RM7.9 juta untuk pelbagai skim bantuan membabitkan seramai 3,113 penerima di Limbang dan Lawas.

“Daripada jumlah itu, RM7.4 juta merupakan Bantuan Persekutuan manakala RM474,650 lagi disalurkan menerusi Bantuan Negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih Gawai 2026 di Dewan Kampung Bunga Raya pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penganjuran program berkenaan amat bermakna kerana ia bertujuan membawa keceriaan kepada golongan sasar sempena sambutan Hari Gawai yang bakal diraikan tidak lama lagi.

Jelasnya, seramai 629 individu daripada golongan yang memerlukan di bahagian Limbang telah dikenal pasti untuk menerima manfaat menerusi program Sejambak Kasih Hari Gawai pada tahun ini.

“Seramai 100 penerima dijemput hadir ke majlis pada hari ini (Selasa), manakala baki 529 lagi akan menerima bantuan yang disalurkan secara terus ke akaun bank masing-masing bagi membantu meringankan beban mereka,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) bersama JKM sentiasa mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat, khususnya golongan rentan.

“Mereka memerlukan sokongan bukan sahaja dari segi kewangan, malah bantuan moral, emosi dan psikologi supaya dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

“Justeru, kerjasama strategik bersama jabatan serta agensi berkaitan amat penting dalam memastikan kebajikan golongan ini terus terbela,” katanya.

Related Posts

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan korbankan reformasi demi kepentingan politik – Aminuddin

Jangan korbankan reformasi demi kepentingan politik – Aminuddin

Jangan biarkan ‘Si Kitol’ rosakkan keharmonian PKR

Jangan biarkan ‘Si Kitol’ rosakkan keharmonian PKR

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi