Himpunan GARAH: Selesaikan salah faham ikut lunas undang-undang – Fahmi

KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak pernah dihalang dan memiliki hak untuk berhimpun bagi menyuarakan pandangan atau sebarang rasa tidak puas hati.

Namun, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan sesekali tidak akan berkompromi dengan perkara atau situasi yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi memaklumkan sebarang perselisihan faham atau pertindihan perlu diselesaikan mengikut undang-undang.

“Kita ada hak untuk berhimpun, menyatakan pandangan, menyuarakan apa yang terbuku di hati tetapi tidak, sekiranya ia boleh mencetus kegentaran awam, merosakkan ketenteraman awam dan mengganggu gugat keselamatan.

“Apatah lagi ketika kita menerima kunjungan rasmi tetamu negara (Perdana Menteri India, Narendra Modi),” katanya pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai penahanan 19 individu termasuk penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) dalam perhimpunan berhampiran kompleks beli-belah Sogo, malam Sabtu.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima pemakluman penganjuran himpunan daripada pihak penganjur terdiri daripada Gabungan Pendakwah Bebas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, pihak polis menerima sebanyak 131 laporan polis berhubung dengan perhimpunan itu.

Katanya, polis terkesan peserta perhimpunan seramai kira-kira 100 orang yang berhimpun untuk mendesak tindakan diambil ke atas pencerobohan pembinaan kuil haram dan susulan itu, polis menahan 19 orang terdiri 15 lelaki serta empat wanita termasuk Zamri Vinoth.

Justeru, Fahmi menegaskan rakyat Malaysia tidak boleh bertindak melulu dan beremosi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“Jangan bersikap ‘vigilante’, mengambil tindakan atas perasaan sendiri.

“Sekiranya aduan dibuat dan undang-undang sedia ada terpakai, maka boleh diurus dengan baik,” katanya.

Related Posts

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

PAUH PUTRA – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) membuat laporan polis berhubung dakwaan kewujudan amalan menjual tempat pengajian dan kemasukan pelajar melalui ‘jalan belakang’ ke universiti awam yang tular menerusi satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

KAZAN -Negara anggota ASEAN dan Rusia disaran memperluas kerjasama pelbagai hala dalam bidang strategik seperti keselamatan makanan, tenaga, pembuatan termaju, teknologi digital dan pendidikan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta