34 pemilik rumah terima replika kunci RSP Hulu Kabong

KABONG – Seramai 34 bakal pemilik Rumah Spektra Permata (RSP) Hulu Kabong menerima replika kunci masing-masing, sekali gus membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak menyediakan kediaman mampu milik untuk rakyat.

Simbolik penyerahan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir dalam Majlis Penyerahan Kunci RSP Skim Pembesaran Kampung (SPK) Hulu Kabong di Dewan Balai Polis Kabong, pada Jumaat.

Menurut Mohd Chee Kadir, pelaksanaan projek RSP merupakan agenda utama kerajaan negeri bagi memastikan rakyat khususnya di kawasan luar bandar tidak tercicir daripada memiliki kediaman sendiri yang selesa dan berkualiti.

“Program ini mencerminkan kesungguhan kerajaan Sarawak membantu rakyat memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan serta kemampuan bayaran yang munasabah,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Jabatan Tanah dan Survei serta agensi berkaitan yang bekerjasama erat memastikan kelancaran projek berkenaan.

Projek RSP Hulu Kabong yang dibangunkan di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) melibatkan pembinaan 50 unit rumah berkembar dua tingkat dengan keluasan 800 kaki persegi setiap unit.

Mempunyai reka bentuk moden, setiap unit dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, dapur dan anjung kereta.

Pembinaannya menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan skor melebihi 73 peratus bagi menjamin struktur binaan yang kukuh dan efisien.

Mengulas mengenai pembiayaan, Mohd Chee Kadir memberitahu, harga rumah ditawarkan bermula RM90,000 hingga RM160,000 dengan bayaran ansuran bulanan sekitar RM300 hingga RM400.

“Pembiayaan disediakan oleh Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd. Penerima juga layak menikmati Skim Bantuan Deposit Perumahan dan Bayaran Balik (HDRAS) berjumlah RM10,000 untuk mengurangkan beban kewangan awal,” jelasnya.

Beliau berharap projek seumpama itu dapat diperluaskan ke kawasan lain di Kabong demi kesejahteraan rakyat setempat.

Foto: Facebook Pusat Khidmat ADUN Kabong

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik