Arsenal kekal teraju EPL, kalahkan Sunderland 3-0

VIKTOR Gyokeres meledak dua gol selepas masuk sebagai pemain gantian ketika Arsenal mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Sunderland, sekali gus melebarkan kelebihan di puncak Liga Perdana Inggeris kepada sembilan mata, awal pagi tadi.

Jaringan cantik Martin Zubimendi pada separuh masa pertama membuka laluan buat The Gunners sebelum Gyokeres memastikan tiga mata, sekali gus meningkatkan tekanan ke atas pencabar terdekat, Manchester City, yang bakal bertandang ke Anfield menentang Liverpool malam ini.

“Mereka pasukan yang kuat, terutama ketika perebutan bola tinggi, jadi sentiasa ada pertarungan sengit. Apabila dapat jaringkan tiga gol, ia keputusan yang baik,” kata Gyokeres.

Arsenal bermula agresif dan hampir membuka tirai seawal minit pertama menerusi Kai Havertz, namun tandukannya hasil hantaran Leandro Trossard tersasar.

Havertz kemudian membantu pertahanan apabila mengeluarkan percubaan Brian Brobbey selepas penjaga gol, David Raya gagal menangkap kemas bola hantaran lintang.

Kebuntuan akhirnya terlerai pada minit ke-42 apabila Zubimendi melepaskan rembatan rendah dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Sunderland, Robin Roefs.

Pemain tengah itu meraikan jaringan dengan meniru gaya rakan sepasukan, Mikel Merino, sambil menunjuk ke arah Merino yang menyaksikan perlawanan dari tempat duduk penonton akibat kecederaan kaki.

Arsenal hampir memperoleh sepakan penalti selepas Gabriel Jesus dijatuhkan, namun keputusan pengadil dibatalkan kerana ofsaid selepas disahkan semakan VAR.

Sunderland memulakan separuh masa kedua dengan lebih bertenaga dan hampir menyamakan kedudukan menerusi Chemsdine Talbi, namun Raya melakukan aksi menyelamat penting.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, kemudian membuat pertukaran yang membuahkan hasil apabila Gyokeres meledak gol pertama hanya enam minit selepas dimasukkan.

“Ia membantu apabila dia masuk ketika permainan lebih terbuka. Saya sukakan karekternya dan keinginannya untuk membantu pasukan,” kata Arteta.

Sunderland, yang sebelum ini beberapa kali bangkit daripada ketinggalan musim ini, gagal mengulangi kebangkitan apabila Arsenal melengkapkan kemenangan menerusi serangan balas dalam masa tambahan.

Gabriel Martinelli tenang melorongkan bola kepada Gyokeres untuk gol kedua peribadinya dan gol kelapan liga musim ini.

Related Posts

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

KUANTAN – Liga Rakyat Pahang 1st Piala Sultan Abdullah yang julung kali diperkenalkan menjadi platform baharu dalam usaha kerajaan negeri menyemarakkan semula sukan bola sepak negeri ini. Exco Komunikasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

KUANTAN – Lebih 30,000 penonton memeriahkan pelancaran Liga Bola Sepak Rakyat Pahang Edisi Pertama, sempena merebut Piala Al-Sultan Abdullah 2026 di Stadium Darul Makmur, di sini malam tadi. Kemeriahan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran