56 saman dikeluarkan, dua motosikal disita dalam satu operasi di Saratok

SARATOK – Sebanyak 56 saman telah dikeluarkan dalam satu operasi penguatkuasaan lalu lintas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Saratok di sekitar pekan Saratok, laluan Pan Borneo dan Pekan Kabong.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi yang dijalankan bermula 2 Februari hingga 6 Februari itu bukan bertujuan menghukum pesalah semata-mata, sebaliknya bagi memberi kesedaran dan mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan.

Menurut beliau, daripada jumlah saman yang dikeluarkan, 21 saman melibatkan pemandu kereta, diikuti 15 saman terhadap penunggang motosikal, 12 saman ke atas kenderaan pacuan empat roda, serta lapan saman membabitkan lori.

“Kesalahan paling banyak dikesan adalah melibatkan pemandu kereta yang memasuki laluan Dilarang Masuk atau No Entry. Selain itu, penunggang motosikal turut dikesan melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar serta mengubah suai kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihak PDRM khususnya IPD Saratok tidak akan berkompromi dalam penguatkuasaan undang-undang jalan raya dan operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

“Sepanjang operasi enam hari ini juga, pihak polis telah berjaya menyita dua motosikal yang diubah suai sehingga boleh membahayakan penunggang serta pengguna jalan raya lain,” jelasnya.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut