BUDI MADANI: LSS, Pejabat Residen urus subsidi diesel penduduk Borneo

KUCHING – Kekangan syarat asas kelayakan seperti pemilikan lesen memandu kenderaan darat bukan penghalang bagi pengusaha bot dan penduduk pedalaman Sabah serta Sarawak untuk menikmati subsidi BUDI MADANI.

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sebuah inisiatif khas yang diperjelaskan pada Taklimat Media Pelaksanaan Pembaharuan Penyasaran Subsidi Diesel (Negeri Sarawak) memperlihatkan agensi kerajaan negeri memainkan peranan penting bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan pengangkutan sungai dan bekalan tenaga di wilayah tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa syarat umum penyasaran subsidi sememangnya mewajibkan pemohon memiliki kad pengenalan serta lesen memandu yang sah.

Namun, menyedari hakikat bahawa pengusaha bot tidak terikat dengan syarat pemilikan lesen memandu darat, peranan pengesahan itu diserahkan kepada pihak berkuasa negeri.

“Di Sarawak, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mengambil peranan untuk mengenal pasti mereka yang layak.

“Mereka akan memberikan senarai kepada Kementerian Kewangan (MoF) untuk kita aktifkan MyKad mereka,” jelas beliau pada taklimat berkenaan.

Beliau menambah, sekiranya kuota yang diperuntukkan itu tidak mencukupi, pengusaha bot boleh mengemukakan bukti penggunaan sebenar untuk pertimbangan kerajaan negeri dan pusat bagi kelulusan penambahan kuota.

Sementara itu, bagi komuniti pedalaman yang menetap di rumah panjang dan bergantung sepenuhnya kepada set penjana kuasa, kementerian turut menyediakan kelonggaran prosedur pembelian.

Menurut Amir Hamzah, Pejabat Residen akan mengambil peranan untuk mengenal pasti dan mengesahkan wakil yang sah bagi setiap rumah panjang terbabit.

Kad pengenalan (IC) wakil yang diluluskan itu kemudiannya akan diaktifkan secara rasmi bagi membolehkan pembelian bekalan diesel pada harga subsidi di stesen minyak.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan bahawa hasil sesi libat urus di Kota Kinabalu mendapati wujud keluhan membabitkan perkongsian kenderaan, di mana pemilik kenderaan berbeza dengan pemandu yang tidak memiliki lesen memandu.

Susulan maklum balas tersebut, kerajaan kini sedang mengkaji mekanisme baharu bagi menggalas masalah ini supaya individu yang telah diluluskan dapat menggunakan kuota berkenaan secara sah.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan