Bangladesh tolak permintaan PBB tambah tanah untuk kem Rohingya

DHAKA – Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan lebih banyak tanah bagi menempatkan pelarian Rohingya, sambil menegaskan penyelesaian jangka panjang terhadap krisis itu adalah melalui penghantaran pulang mereka ke Myanmar.

Pegawai Kementerian Luar Bangladesh berkata, PBB baru-baru ini memohon kawasan tambahan bagi menampung pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada penganiayaan di Myanmar.

Bagaimanapun, kerajaan Bangladesh menolak permintaan tersebut dan mengekalkan pendirian bahawa penempatan baharu bukanlah penyelesaian terbaik, sebaliknya usaha perlu ditumpukan kepada repatriasi yang selamat, sukarela dan mampan ke negara asal mereka.

Perkara itu turut dibangkitkan semasa sesi taklimat oleh Utusan Khas Setiausaha Agung PBB bagi Myanmar di ibu pejabat PBB pada Jumaat.

Dalam ucapannya, Wakil Tetap Bangladesh ke PBB, Duta Salahuddin Noman Chowdhury menegaskan krisis Rohingya berpunca dari Myanmar dan penyelesaian berkekalan juga mesti dicari di negara tersebut.

“Bangladesh telah menempatkan hampir 1.2 juta Rohingya yang dipindahkan secara paksa selama hampir sedekad atas dasar kemanusiaan.

“Namun, krisis berlarutan ini mewujudkan cabaran besar dari segi sosial, ekonomi, alam sekitar dan keselamatan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran pelarian dalam jumlah besar untuk tempoh panjang memberi tekanan besar kepada komuniti tempatan dan sumber negara, sekali gus menjadikan penyelesaian segera sebagai satu keperluan mendesak.

Sejak tindakan ketenteraan di negeri Rakhine pada Ogos 2017, lebih 700,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, menyertai ratusan ribu pelarian lain yang telah berada di negara itu lebih awal.

Ketika ini, Bangladesh menempatkan kira-kira 1.2 juta pelarian Rohingya di kem-kem sementara di Cox’s Bazar dan Bhasan Char, menjadikannya antara negara yang menanggung jumlah pelarian terbesar di dunia.

Pelbagai laporan sebelum ini menunjukkan kehadiran pelarian dalam tempoh yang panjang telah memberi kesan kepada kawasan hutan serta alam sekitar di Cox’s Bazar.

Kerajaan Bangladesh berulang kali menegaskan bahawa penghantaran pulang Rohingya ke Myanmar kekal sebagai satu-satunya jalan penyelesaian terhadap krisis berlarutan itu.

Related Posts

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

NEW YORK – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, menegaskan dunia mesti segera memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat serangan berterusan Israel. “Kita mesti memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah operasi semua syarikat penerbangan Iran dihentikan mulai 23 September

WASHINGTON – Semua operasi syarikat penerbangan Iran di seluruh dunia akan dihentikan mulai 23 September ini, menurut Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent. CNBC melaporkan pada Isnin bahawa Bessent…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian