PKR perlu diperkukuhkan, bukan dibebani rungutan – Anwar

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) perlu terus diperkukuh melalui kerja berpasukan dan komitmen tinggi, bukannya dibebani dengan sikap berleter serta rungutan berpanjangan dalam kalangan pemimpin dan ahlinya, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata, mandat yang diberikan rakyat kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negara merupakan satu amanah besar yang menuntut kesediaan bekerja bersungguh-sungguh, bukan sekadar berbangga dengan kerusi atau gelaran yang diperoleh.

“Ini satu amanah untuk bekerja. Sanggup bekerja, kekal… tak mahu kerja, keluar.

“Sanggup bekerja, tumpu membangun dan memperkuat parti, kekal. Berleter, merengek tak habis-habis boleh keluar kerana kerja kita masih banyak.

“Letih dengar… bukan beri pandangan membina,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR Selangor, di sini, hari ini.

Turut hadir pada konvensyen itu ialah Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari serta Datuk Seri R. Ramanan.

Anwar berkata, keutamaan parti pada masa ini adalah memberi tumpuan kepada isu rakyat serta usaha membersihkan negara daripada rasuah yang berleluasa.

Justeru, katanya, PKR Selangor di semua peringkat, daripada kepimpinan negeri hingga ke peringkat ranting, perlu bangkit sebagai satu angkatan yang bersatu padu untuk memperjuangkan agenda berkenaan, dan bukan hanya lantang membangkitkan perkara kecil yang tidak membawa manfaat.

“Jangan cakap banyak kalau ranting pun tidak ada. Jangan bising kalau cabang pun lembab.

“Nampak macam kita lembut sikit, dia nak hentam, kiri hentam, kanan hentam. Orang curi duit, dia diam. Berbilion ringgit di sakau, diam… benda titik bengik, (merengek) macam mak lampir saja,” katanya.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan