Isu agama jadi modal politik sebagai usaha Pas – Pemerhati politik

POLEMIK membabitkan penggunaan istilah Islam oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilihat sebagai usaha Pas mengeksploitasi sensitiviti agama bagi meraih kepentingan politik, kata pemerhati politik, Raggie Jessy Rithaudeen.

Beliau berkata, isu berkenaan tidak seharusnya diperbesarkan memandangkan pihak berautoriti agama, termasuk mufti, telah menjelaskan bahawa penggunaan istilah seperti ‘Islam’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Insya-Allah’ oleh bukan Islam adalah dibenarkan selagi digunakan dalam konteks dan niat yang baik.

“Dari sudut fakta dan hukum, tiada kesalahan. Penjelasan itu sudah dibuat dengan jelas oleh pihak berautoriti agama. Justeru, saya melihat serangan berterusan terhadap Nga Kor Ming lebih bersifat politik berbanding soal prinsip agama,” katanya dalam satu siaran langsung di Facebook.

Pada Rabu, Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, membangkitkan persoalan berhubung penggunaan istilah berkaitan Islam oleh Kor Ming ketika persidangan Dewan Rakyat.

Siti Zailah, yang juga Ahli Parlimen PN–Rantau Panjang, berpendapat penggunaan istilah berkenaan berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat bukan Islam serta boleh ditafsirkan sebagai tidak menghormati kesucian agama Islam.

Bagaimanapun, beberapa agamawan berpandangan bahawa menyebut istilah Islam adalah dibenarkan selagi ia tidak berniat menghina.

Raggie berkata, reaksi keras Pas terhadap isu berkenaan menimbulkan persoalan mengenai ketekalan parti itu dalam mempertahankan sensitiviti agama, terutama apabila dibandingkan dengan pendirian Pas sebelum ini terhadap sekutu politik bukan Islam.

Beliau berkata, terdapat beberapa insiden terdahulu membabitkan individu bukan Islam yang mempunyai hubungan rapat dengan Pas, termasuk mendakwa bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW serta melafazkan ayat al-Quran dan takbir dalam majlis berkaitan parti itu, namun tidak menerima sebarang teguran rasmi daripada kepimpinan Pas.

“Apabila perkara itu berlaku dalam kalangan sekutu Pas, tiada bantahan. Tetapi apabila melibatkan pemimpin DAP, ia menjadi isu besar. Ini menunjukkan pendekatan Pas terhadap agama sangat dipengaruhi oleh pendirian politik,” katanya.

Mengulas lanjut, Raggie menyifatkan pendekatan Pas yang sering menjadikan DAP sebagai musuh utama politik sebagai usaha berterusan untuk membina naratif kebimbangan dalam kalangan masyarakat Melayu, sekali gus mengalihkan perhatian daripada isu kegagalan dan perpecahan dalam pembangkang.

Beliau turut menyentuh isu berkaitan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang menurutnya sering diputar belit bagi menimbulkan persepsi bahawa orang Melayu akan menjadi mangsa, sedangkan hakikatnya akta itu menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada pemilik tanah dan penduduk terlibat.

“Isu pemindahan akibat pembangunan telah berlaku sejak puluhan tahun lalu dan bukan kerana menyasarkan kaum tertentu. PSB sebenarnya lebih melindungi berbanding pengambilan tanah tanpa kerangka perundangan yang jelas,” katanya.

Dalam pada itu, Raggie mempertahankan tindakan Ahli Parlimen yang mencadangkan kajian dijalankan oleh institusi pengajian tinggi, termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), bagi meneliti isu pentadbiran tempatan di Kuala Lumpur.

Katanya, kritikan terhadap pemilihan UIAM adalah tidak berasas dan bersifat retorik politik semata-mata.

“Jika sesebuah universiti mempunyai kelayakan dan kepakaran, tiada isu untuk ia menjalankan kajian. Kritikan tanpa hujah yang jelas hanya mengelirukan rakyat dan menanam prasangka,” katanya.

Raggie menegaskan bahawa Pas kini lebih dilihat sebagai parti politik yang terlalu cenderung mengeksploitasi isu agama dan kaum demi kepentingan kuasa dan kedudukan, berbanding memainkan peranan sebagai pihak pengimbang dalam sistem demokrasi.

“Bagi saya, pendekatan ini berbahaya kerana ia memecah-belahkan masyarakat serta mempolitikkan agama secara berlebihan. Isu Nga Kor Ming hanyalah satu daripada banyak contoh,” katanya.

Related Posts

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

AYER KEROH – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil tidak mengetahui mengenai dakwaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun