Rumah terbuka Tahun Baharu Cina peringkat Negeri Sabah 17 Februari ini – Jafry

KINABATANGAN – Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sabah akan diadakan pada 17 Februari 2026 (Selasa) bermula jam 10 pagi hingga 2 petang bertempat di Dewan Kinabatangan I–III, Tingkat 2, Sabah International Convention Centre (SICC).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Datuk Jafry Ariffin berkata, majlis tersebut akan diserikan dengan keberangkatan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memelihara keharmonian, perpaduan serta kepelbagaian budaya masyarakat.

“Penganjuran sambutan itu bukan sahaja menjadi simbol perpaduan rakyat berbilang kaum, malah berperanan sebagai platform strategik untuk memperkukuh pelancongan budaya negeri.

“Sambutan rumah terbuka seperti ini memberi peluang kepada pelancong domestik dan antarabangsa untuk menyelami keunikan adat, tradisi serta warisan budaya yang menjadi identiti Sabah sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh rakyat Sabah untuk hadir beramai-ramai memeriahkan majlis tersebut.

Selain orang awam, jemputan turut melibatkan sekolah-sekolah, penjawat awam Persekutuan dan Negeri, wakil agensi Persekutuan di Sabah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan etnik serta persatuan Cina bagi menyemarakkan sambutan dalam semangat kebersamaan dan muhibah.

Tambah beliau, pelbagai pengisian menarik disediakan termasuk persembahan kebudayaan seperti tarian singa, paluan mercun ‘firecrackers’ dan upacara menggaul Yee Sang, selain sajian tradisional pelbagai kaum serta hidangan istimewa untuk orang ramai yang disediakan oleh 15 hotel lima bintang terkemuka di Sabah.

Sambutan itu juga akan dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan dan antarabangsa, di samping aktiviti kemasyarakatan mesra keluarga yang menjanjikan pengalaman meriah dan penuh warna-warni.

“Saya yakin penganjuran majlis ini akan menyumbang kepada pemulihan dan pertumbuhan sektor pelancongan negeri, selain merancakkan ekonomi setempat menerusi acara berimpak tinggi berasaskan kebudayaan,” ujarnya.

Beliau turut mengajak semua pihak bersama-sama memeriahkan sambutan tersebut dalam suasana harmoni sambil mempromosikan keunikan serta kepelbagaian budaya Sabah kepada dunia.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24