Budaya Sabah diraikan dalam karya seni airbrush artis Jepun

KOTA KINABALU – Budaya Sabah terus mendapat pengiktirafan apabila seorang seniman antarabangsa dari Jepun menghasilkan karya seni lukisan menggunakan teknik airbrush yang mengangkat nilai budaya, kemanusiaan dan identiti tempatan di Mari – Mari Culture Village.

Pelukis airbrush, Yasuaki Takahashi berkata, keputusan beliau untuk menghasilkan karya tersebut tercetus selepas kunjungan pertamanya ke perkampungan budaya di Mari – Mari Culture Village pada 25 Mac tahun lalu.

“Saya agak terkejut dan terkesan melihat usaha komuniti setempat yang masih meneruskan budaya yang jarang dikenali, namun diamalkan secara hidup dan asli termasuk sikap pekerja yang melaksanakan tugas dengan penuh kegembiraan dan keikhlasan.

“Selepas terlibat dalam pelbagai projek seni di seluruh dunia, saya merasakan saya juga boleh menyumbang sesuatu di sini,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Aspirasi Artis Airbrush dari Jepun di Mari – Mari Culture Village, pada Khamis.

Menurut pelukis berusia 52 tahun itu, bagi memastikan ketepatan dan keaslian, proses memahami budaya tempatan, beliau mengambil masa kira-kira enam bulan, termasuk sesi perbincangan serta pengumpulan maklumat serta pengambilan gambar.

“Wajah-wajah yang dipaparkan dalam karya tersebut bukan model biasa, sebaliknya merupakan pekerja sebenar di perkampungan budaya ini, sekali gus menjadikan lukisan berkenaan sebagai penghargaan kepada individu yang memelihara warisan budaya Sabah.

“Karya berkenaan turut menampilkan elemen hidupan liar Borneo serta tema matahari terbenam Kota Kinabalu, yang saya sifatkan sebagai simbol penting kepada identiti negeri ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Takahashi berkata, tema matahari terbenam dipilih berdasarkan gambar sebenar yang diambilnya sendiri ketika berada di Kota Kinabalu, sebelum dijadikan rujukan utama dalam penghasilan lukisan airbrush tersebut.

“Versi pertama lukisan ini mengambil masa dua bulan, namun dibatalkan kerana saya tidak berpuas hati dengan hasilnya dan kemudian projek ini dimulakan semula versi kedua yang mengambil masa selama empat bulan.

“Walaupun karya tersebut dipamerkan di Sabah, sebahagian besar proses penghasilan dilakukan di Jepun kerana saya memiliki studio serta peralatan lengkap di sana.

“Saya hanya berada di Sabah untuk tempoh singkat bagi mendapatkan inspirasi dan bahan rujukan, manakala perbincangan lanjut dibuat secara atas talian,” ujarnya yang mempunyai pengalaman hampir tiga dekad dalam seni kreatif airbrush.

Takahashi berharap karya tersebut bukan sahaja menjadi tarikan visual, malah membantu memperkenalkan budaya Sabah kepada masyarakat dalam dan luar negara agar ianya terus dihargai dan tidak dilupakan.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam