Pelajar SK Mutiara Kota Kinabalu teruja belajar seni airbrush bersama artis Jepun

KOTA KINABALU – Perasaan teruja dan gembira jelas terpancar pada pelajar, Hubert Dragon Klassen, 11, dan Zer Anora Zairudyn, 12, apabila berpeluang menyertai sesi pembelajaran bersama pelukis airbrush terkenal antarabangsa.

Menurut Klassen, pengalaman itu sangat bermakna kerana membolehkannya belajar teknik seni yang lebih moden dan kreatif, di luar daripada apa yang dipelajari di kelas.

“Kami guna peralatan sebenar dan belajar teknik yang memerlukan kesabaran. Saya rasa ia dapat bantu saya lebih fokus dan lebih yakin bila melukis.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada guru-guru dan Mr Takahashi. Saya rasa sangat bersyukur dapat peluang sebegini dan berharap program ini boleh diteruskan lagi supaya kawan-kawan lain pun boleh belajar benda baru juga,” kongsinya kepada wartawan The Malaysia Press.

Sementara itu, bagi Zer Anora, pengalaman belajar bersama artis luar negara adalah sesuatu yang mengujakan.

“Mestilah seronok sebab berpeluang belajar secara langsung daripada pelukis dari Jepun.

“Banyak yang saya belajar, antaranya pendedahan kepada pelbagai teknik lukisan baharu, termasuk penggunaan teknik airbrush yang pertama kali saya belajar.

“Selain itu, saya juga belajar pelbagai teknik melukis hari ini dan apa yang diajar sangat menarik dan berbeza daripada apa yang biasa kami pelajari,” jelasnya.

Klassen dan Zer Anora ditemui pemberita semasa mengikuti aktiviti kelas melukis pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) artis airbrush dari Jepun bersama pelajar Tahap Dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Rendah Mutiara, Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual sekolah berkenaan, Rabbica Runsap, 41, berkata, program seumpamanya wajar diadakan secara kerap bagi memberi pendedahan kepada pelajar.

“Program seperti ini sangat baik dalam memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang seni airbrush. Walau pun seni ini tiada dalam silibus sekolah rendah tetapi komunikasi melalui seni seperti ini telah mengajar murid-murid kami tentang kepentingan seni dan mesej yang boleh disampaikan melalui karya seni.

“Interaksi global melalui seni seperti ini juga sangat bermanfaat kepada murid-murid kami.

“Harapan saya agar lebih banyak lagi program sebegini diajurkan bagi memberi peluang kepada murid-murid sekolah rendah awam kerana manfaatnya kepada murid-murid sangat banyak,” ujarnya.

Rabbica turut melahirkan penghargaan kepada Takahashi dan penganjur, Yumiko Ueno yang telah memilih sekolah mereka sebagai destinasi program berkenaan.

“Terima kasih banyak kepada artist, Mr Takahashi dan Madam Ueno kerana telah berjaya menjalankan bengkel seni kepada murid-murid sekolah SK Mutiara, Kota Kinabalu.

“Murid-murid kami berasa seronok, gembira serta bersyukur atas peluang yang telah diberikan kepada mereka,” kongsinya kepada pemberita.

Dalam pada itu, tenaga pengajar, Yasuaki Takahashi, 52, melahirkan rasa kagum terhadap tahap kemahiran serta kesungguhan para peserta sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.

“Kemahiran seni bukan hanya untuk kepuasan diri, tetapi boleh dimanfaatkan untuk membantu orang lain dan memberi kebaikan kepada masyarakat serta persekitaran.

“Saya cuba mencetuskan idea bagaimana mereka boleh menggunakan kemahiran ini untuk menghasilkan karya yang bermanfaat bersama,” kongsinya.

Takahashi turut meluahkan rasa keterbukaannya untuk menjalin kerjasama berkolaborasi dan mempamerkan hasil seni lukisan airbrush di Sabah sekiranya diberi peluang.

“Ketika ini saya sedang menjalinkan kerjasama dengan pihak Mari-Mari Culture Villager berharap akan ada lebih banyak projek seni dapat dilaksanakan, termasuk persembahan lukisan secara langsung,” jelasnya.

Berpengalaman lebih 28 tahun dalam bidang seni airbrush, Takahashi berkata, seni berupaya membentuk manusia menjadi lebih baik, bukan sahaja terhadap sesama manusia, malah terhadap semua makhluk hidup.

“Seni hanyalah gambar di atas kertas, tetapi mesej di sebaliknya diharap dapat membentuk sifat belas kasihan dan kebaikan dalam diri manusia,” katanya.

Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak