Op Tapis Khas: 81 ditahan, dadah RM2,500 dirampas

KUCHING – Seramai 81 individu berjaya ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dalam Op Tapis Khas Narkotik yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Anak Chabu berkata, operasi selama seminggu bermula 29 Januari hingga 4 Februari 2026 itu bertujuan mengekang aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, dalam operasi tersebut, seorang individu telah ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman berat jika disabit kesalahan.

“Selain itu, seorang individu ditahan di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952, manakala 10 lagi ditahan bagi kesalahan di bawah Seksyen 12(2) akta yang sama.

“Pihak polis turut menahan seorang individu di bawah Seksyen 6 ADB 1952, manakala majoriti tangkapan melibatkan 68 individu yang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas mengenai rampasan, Alexson memberitahu, polis berjaya merampas dadah jenis ganja seberat 504.05 gram dan methamphetamine seberat 9.56 gram.

Jelas beliau, nilai keseluruhan rampasan dadah dalam operasi khas tersebut dianggarkan berjumlah RM2,551.60.

Tambahnya, kejayaan tangkapan ini adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama daripada orang awam.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang,” tegasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah diseru menyalurkan maklumat melalui Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.

Related Posts

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kira-kira lima juta rakyat dijangka menerima manfaat menerusi pelbagai program impak sosial yang dilaksanakan bersama pemain industri di bawah LESTARI: Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

KOTA KINABALU – Hak 40 peratus Sabah tidak pernah dijadikan bahan tawar-menawar politk atau diletakkan sebagai syarat sokongan politik kepada Kerajaan MADANI. Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3