Isu air dan jalan Tulid diberi tindakan segera

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memberi perhatian serius terhadap isu infrastruktur khususnya jalan raya dan bekalan air di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid demi kesejahteraan rakyat setempat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Tulid, Jordan yang bertemu Hajiji pada Khamis, beberapa projek asas di DUN Tulid termasuk penurapan jalan dan bekalan air dibangkitkan.

Justeru, beliau menzahirkan penghargaan atas kesediaan Hajiji bagi memenuhi syarat dan pendirian yang telah dikemukakan ketika menyatakan sokongan terhadap penubuhan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Plus selepas Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

“Antara yang dibangkitkan ialah keperluan menaik taraf Jalan Kebun, penurapan Jalan Sekolah Kebangsaan (SK) Lanas, projek air Transpegalan serta beberapa keperluan asas lain melibatkan kesejahteraan penduduk setempat.

“Susulan surat rasmi yang dikemukakan bagi mempercepatkan kerja penurapan jalan, perkara itu turut dimaklumkan kepada Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Joachim Gunsalam.

“Hasil makluman tersebut, arahan telah dikeluarkan supaya kerja penurapan jalan berkenaan dipercepatkan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Katanya, mengikut perancangan asal, projek itu dijadualkan pada 2027 dan kini akan bermula pada Feb ini demi kepentingan rakyat DUN Tulid tanpa mengira sokongan politik.

Related Posts

Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

TAWAU – Dua penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada Khamis, atas enam pertuduhan berkaitan tuntutan palsu elaun penugasan rondaan keselamatan dan pemantauan bencana berjumlah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

KOTA KINABALU – Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan dan produktiviti pekebun kecil sawit menerusi program tanam semula, penggunaan teknologi serta penghasilan produk berkualiti dan mempunyai kebolehkesanan bagi memperluas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air

Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik