PGU Sabah laksana bantuan udara ke Kg Abuan

PAITAN – Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah menggunakan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis Agusta AW139 menjalankan misi bantuan menghantar bakul makanan dan beras ke Kampung Abuan, di sini, yang terputus hubungan sejak lima hari lalu selepas jambatan runtuh akibat banjir.

Pengerusi Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Paitan yang juga Pegawai Daerah Paitan, Joloning Joe Majambu berkata, permohonan bantuan helikopter itu dibuat pada Selasa lepas susulan keputusan mesyuarat JPBD Paitan bagi memastikan bekalan makanan dapat dihantar segera ke kawasan terjejas.

Katanya, permohonan itu dipanjangkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Beluran kepada KDNKA Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah sebelum diluluskan berikutan keperluan mendesak, sekali gus membolehkan operasi bantuan dilaksanakan pada Rabu.

“Sebanyak empat kampung terjejas iaitu Kg Abuan 1, Kg Abuan 2, Kg Waigon 1 dan Kg Waigon 2, melibatkan 158 Ketua Isi Rumah (KIR) yang memerlukan bantuan segera.

“Sekolah Kebangsaan (SK) Abuan turut terjejas melibatkan 47 murid dan 18 guru yang menerima bantuan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Operasi bermula pada pukul 10.15 pagi Apabila aset udara itu mendarat di Tapak Majlis Daerah Paitan sebelum tiga trip penghantaran berjaya dilaksanakan sepanjang hari.

Menurut Joloning, sebanyak 81 bakul makanan dan 40 kampit beras dengan jumlah berat keseluruhan 1,210 kilogram (kg) berjaya dihantar ke kawasan terlibat.

“Walaupun cuaca kurang mengizinkan pada sebelah petang, operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Sebahagian baki bantuan akan dihantar pada Khamis dan kini disimpan di Pejabat Daerah Paitan untuk diagihkan ke kawasan terjejas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Hasan Majid merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat termasuk PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan atas kerjasama dalam menjayakan misi berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau situasi semasa dan menyalurkan bantuan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan penduduk terjejas terus terpelihara.

Related Posts

Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah