Belanjawan 2027: Sabah perlu lebih ramai petugas, akses rawatan lebih baik

KOTA KINABALU – Belanjawan 2027 diharap menyediakan peruntukan bersasar bagi menangani kekurangan petugas kesihatan, menaik taraf kemudahan dan memperluas akses rawatan di Sabah, terutama bagi penduduk luar bandar serta pedalaman.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin berkata, perbelanjaan kesihatan perlu berpandukan keperluan pesakit dan keluarga supaya mereka mendapat rawatan segera serta perkhidmatan pakar dalam tempoh munasabah.

“Bagi pesakit dan keluarga mereka, perkara paling penting ialah mendapat perhatian segera, menerima rawatan pakar dalam tempoh munasabah dan memperoleh penjagaan tanpa perlu melakukan perjalanan jauh.

“Keperluan ini seharusnya menjadi panduan dalam menentukan perbelanjaan kesihatan,” katanya kepada The Malaysia Press pada Khamis.

Insentif kekalkan petugas kesihatan

Menurut Bendahari Pakatan Harapan (HARAPAN) Sabah itu, antara keutamaan yang diharapkan ialah pakej khusus untuk menarik dan mengekalkan tenaga profesional kesihatan di Sabah.

“Perkara ini penting susulan kebimbangan dibangkitkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Kesihatan ketika lawatan ke Sabah baru-baru ini berhubung kadar tinggi pegawai perubatan yang tidak melapor diri bagi penempatan tetap di Sabah dan Sarawak.

“Saya menyambut baik cadangan Senator Dr RA Lingeshwaran yang mencadangkan agar insentif, penginapan dan pembangunan kerjaya petugas kesihatan di kedua-dua negeri ini ditambah baik,” tegasnya.

Kebajikan petugas kesihatan

Tambahnya, langkah berkenaan perlu merangkumi penyediaan kuarters yang sesuai, elaun perumahan dan kesukaran yang mencukupi, bantuan perpindahan tepat pada masanya serta peluang latihan kepakaran yang jelas.

“Urusan penempatan yang jelas perlu disertai perancangan penggantian petugas serta insentif kepada mereka yang memilih untuk berkhidmat lebih lama supaya pertukaran tidak menyebabkan hospital dan klinik kekurangan kakitangan.

“Sokongan ini perlu meliputi keseluruhan pasukan kesihatan, termasuk jururawat, ahli farmasi, profesional kesihatan bersekutu dan kakitangan sokongan,” katanya.

Foong Hin turut menekankan keperluan memperluas peluang latihan, biasiswa dan laluan kepakaran untuk anak Sabah, selain membuka peluang kepada profesional lain yang mahu membina kerjaya di negeri itu bagi mewujudkan tenaga kerja lebih stabil.

Keperluan hospital rujukan diberi perhatian

Dalam aspek kemudahan, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu berharap peruntukan bersasar disediakan untuk menaik taraf hospital dan klinik, memperoleh peralatan penting serta melaksanakan penyelenggaraan.

“Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Queen Elizabeth II wajar diberi perhatian khusus berikutan peranan kedua-duanya menerima rujukan pesakit dari seluruh Sabah.

“Peruntukan kemudahan, peralatan dan tenaga kerja perlu dirancang secara bersepadu supaya pertambahan kapasiti dapat diterjemahkan kepada rawatan yang benar-benar tersedia kepada pesakit,” katanya.

Kurangkan beban pesakit pedalaman

Bagi penduduk luar bandar dan pedalaman, beliau mencadangkan pengukuhan hospital daerah serta klinik kesihatan, bekalan perubatan yang terjamin, perkhidmatan bergerak dan bantuan pengangkutan pesakit.

“Langkah ini dapat mengurangkan beban keluarga yang terpaksa melakukan perjalanan untuk mendapatkan rawatan, manakala teleperubatan boleh menyokong perkhidmatan berkenaan mengikut kesesuaian capaian internet dan keperluan klinikal,” ujarnya.

Dalam pada itu, Foong Hin berharap, agihan peruntukan juga perlu mengambil kira keluasan geografi Sabah, jarak perjalanan pesakit dan kos sebenar penyampaian perkhidmatan kepada komuniti yang berselerak.

“Peruntukan itu juga perlu disertai jadual pelaksanaan yang jelas dan hasil yang boleh diukur, termasuk pengisian kekosongan jawatan, peralatan yang berfungsi serta masa menunggu yang lebih singkat,” katanya.

Untuk rekod, Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat pada 9 Oktober ini, jam 3.30 petang.

Belanjawan MADANI kelima itu merupakan belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), dengan tumpuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan memperkukuh tatakelola.

Penyediaannya mengambil kira pandangan rakyat serta pihak berkepentingan bagi mengimbangi keperluan menangani tekanan kos sara hidup dengan pembangunan ekonomi jangka panjang.

Related Posts

Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

PONTIAN – Tiga beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Kampung Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong, di sini, pagi Khamis. Mangsa, Nor Daniel Aiman Norlizan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: AMK Sabah mahu pembangunan anak muda jadi keutamaan

KOTA MARUDU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah mengemukakan tujuh aspirasi utama kepada Kerajaan MADANI untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027, khusus bagi memperkukuh peluang dan masa depan anak muda di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Belanjawan 2027: AMK Sabah mahu pembangunan anak muda jadi keutamaan

Belanjawan 2027: AMK Sabah mahu pembangunan anak muda jadi keutamaan

Yakini MADANI jelajah seluruh negara perjelas inisiatif Belanjawan 2027 di seluruh negara

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Yakini MADANI jelajah seluruh negara perjelas inisiatif Belanjawan 2027 di seluruh negara

Pertikaian cerai disyaki punca suami tikam jururawat

Pertikaian cerai disyaki punca suami tikam jururawat

Agong titah sekolah terjejas jerebu wajar ditutup

Agong titah sekolah terjejas jerebu wajar ditutup

Isu RON95: KPDN Pulau Pinang terima 33 aduan

Isu RON95: KPDN Pulau Pinang terima 33 aduan