Yakini MADANI jelajah seluruh negara perjelas inisiatif Belanjawan 2027 di seluruh negara

KOTA KINABALU – Kementerian Komunikasi akan melaksanakan jerayawara Yakini MADANI di seluruh negara bagi memastikan rakyat mendapat maklumat menyeluruh mengenai inisiatif dan bantuan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, program itu akan dilaksanakan bersama Kementerian Kewangan dengan penglibatan agensi dan jabatan di bawah kementeriannya.

“Ia akan bermula dengan satu sesi taklimat buat semua Komuniti MADANI seluruh negara pada hari Ahad malam yang akan dibentangkan oleh wakil Kementerian Kewangan.

“Dari situ kita akan menjelajah bersama Kementerian Kewangan dalam program yang akan dikenali sebagai Yakini MADANI,” katanya kepada media selepas merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Inanam Sentral, pada Khamis.

Menurut Fahmi, kementeriannya akan membantu Kementerian Kewangan menyebarluaskan maklumat mengenai langkah dan program yang dibentangkan dalam Belanjawan 2027.

“Jerayawara ini akan menjangkau seluruh pelosok negara dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Penerangan Malaysia serta agensi berkaitan.

“Saya akan minta MCMC, Jabatan Penerangan dan semua agensi dan jabatan di bawah Kementerian Komunikasi untuk turut terlibat menyediakan tempat paparan maklumat penuh mengenai semua usaha kerajaan dalam Belanjawan 2027,” kongsinya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru pengerusi Panel Penasihat NADI, ketua Komuniti MADANI serta warga agensi dan jabatan supaya membantu menyampaikan maklumat berkenaan kepada masyarakat setempat.

Tambahnya, Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok dijangka merangkumi pelbagai usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu dan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, Anwar akan menerima kunjungan rasmi Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi, selepas pembentangan belanjawan berkenaan.

“Selain memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Mesir, pertemuan itu akan turut membincangkan isu berkaitan rakyat Palestin.

“Dan sudah pasti antara perkara yang akan dibincangkan selain daripada mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara adalah meneliti isu-isu termasuk bagi rakyat Palestin,” katanya.

Ini merupakan kali pertama Abdel Fattah melawat Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Presiden Mesir pada tahun 2014.

Related Posts

Belanjawan 2027: AMK Sabah mahu pembangunan anak muda jadi keutamaan

KOTA MARUDU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah mengemukakan tujuh aspirasi utama kepada Kerajaan MADANI untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027, khusus bagi memperkukuh peluang dan masa depan anak muda di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agong titah sekolah terjejas jerebu wajar ditutup

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar sekolah susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini. Baginda bertitah, sekolah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jambatan Batang Paloh bakal dibuka 30 Oktober, lengkapkan jajaran Pesisir Sarawak

Jambatan Batang Paloh bakal dibuka 30 Oktober, lengkapkan jajaran Pesisir Sarawak

Adat Iban perlu terus diperkasa, kekal relevan seiring peredaran zaman

Adat Iban perlu terus diperkasa, kekal relevan seiring peredaran zaman

KDN Sarawak perhebat penguatkuasaan bahan penerbitan, pastikan teks al-Quran diperaku sah

KDN Sarawak perhebat penguatkuasaan bahan penerbitan, pastikan teks al-Quran diperaku sah

Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Belanjawan 2027: AMK Sabah mahu pembangunan anak muda jadi keutamaan

Belanjawan 2027: AMK Sabah mahu pembangunan anak muda jadi keutamaan

Yakini MADANI jelajah seluruh negara perjelas inisiatif Belanjawan 2027 di seluruh negara

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Yakini MADANI jelajah seluruh negara perjelas inisiatif Belanjawan 2027 di seluruh negara