Agong titah sekolah terjejas jerebu wajar ditutup

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar sekolah susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini.

Baginda bertitah, sekolah di kawasan yang terjejas wajar ditutup susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang secara berpanjangan mencatatkan antara 150 hingga 180.

Baginda turut menegaskan aspek kesihatan dan keselamatan murid serta pelajar perlu diberi keutamaan selain meminta Kementerian Pendidikan memberi perhatian serius terhadap perkara berkenaan.

“Langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi yang berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk warga emas serta pesakit respiratori.

“Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup muka dan mengurangkan sebarang aktiviti luar susulan keadaan jerebu,” titah Baginda dan dikongsi di Facebook hari ini.

Sementara itu, Johor semalam mengumumkan penutupan sekolah selama dua hari susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara di seluruh negeri berkenaan.

Keputusan itu dibuat atas titah Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, sebagai langkah mengambil kira keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar.

Related Posts

Belanjawan 2027: AMK Sabah mahu pembangunan anak muda jadi keutamaan

KOTA MARUDU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah mengemukakan tujuh aspirasi utama kepada Kerajaan MADANI untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027, khusus bagi memperkukuh peluang dan masa depan anak muda di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Yakini MADANI jelajah seluruh negara perjelas inisiatif Belanjawan 2027 di seluruh negara

KOTA KINABALU – Kementerian Komunikasi akan melaksanakan jerayawara Yakini MADANI di seluruh negara bagi memastikan rakyat mendapat maklumat menyeluruh mengenai inisiatif dan bantuan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Belanjawan 2027: AMK Sabah mahu pembangunan anak muda jadi keutamaan

Belanjawan 2027: AMK Sabah mahu pembangunan anak muda jadi keutamaan

Yakini MADANI jelajah seluruh negara perjelas inisiatif Belanjawan 2027 di seluruh negara

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Yakini MADANI jelajah seluruh negara perjelas inisiatif Belanjawan 2027 di seluruh negara

Pertikaian cerai disyaki punca suami tikam jururawat

Pertikaian cerai disyaki punca suami tikam jururawat

Agong titah sekolah terjejas jerebu wajar ditutup

Agong titah sekolah terjejas jerebu wajar ditutup

Isu RON95: KPDN Pulau Pinang terima 33 aduan

Isu RON95: KPDN Pulau Pinang terima 33 aduan