Kanak-kanak OKU hilang dua hari ditemui selamat

BAU – Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di Kampung Tembawang Sauh di sini sejak Rabu lalu, ditemui selamat pada Khamis selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pelbagai agensi.

Mangsa, Kelvin Martin Beger, 7, ditemui kira-kira jam 2.30 petang dalam keadaan selamat namun mengalami kecederaan ringan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4 Februari jam 6.15 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau digerakkan ke lokasi sejauh 16 kilometer dan tiba pada jam 7.57 malam.

“Kehilangan mangsa disedari oleh ibu mangsa kira-kira jam 1.30 petang ketika beliau hendak menjemur pakaian dan mendapati anaknya tiada di ruang tamu rumah.

“Usaha mencari secara sendiri di sekitar kawasan rumah gagal menemui mangsa,” menurut kenyataan itu.

Operasi SAR hari pertama disambung pada lima Februari bermula dengan taklimat oleh Ketua Polis Daerah Bau kepada semua agensi terlibat serta penduduk kampung sebelum pencarian dilakukan di kawasan penemuan barangan milik mangsa.

Operasi turut dibantu Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mempercepatkan usaha pencarian di kawasan terbabit.

Operasi diketuai oleh PBK I Awang Saiful Musi, dengan PKPgB Zainudin Ngatdemon sebagai Komander Operasi Kanan, manakala PgB Hafizul Abdul Kadir bertindak sebagai Pegawai Kanan Operasi di lokasi.

Seramai sembilan anggota JBPM terlibat dalam operasi tersebut dengan kekuatan sebuah jentera Demax dan sebuah kenderaan Kembara.

Turut terlibat PDRM (9 anggota), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) (5 anggota), RELA (10 anggota) serta kira-kira 30 penduduk kampung.

Mangsa kemudiannya menerima rawatan awal daripada Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) JBPM sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Opar, Billy Sujang, turut hadir ke Pusat Kawalan Operasi di Balai Raya Kampung Tembawang Sauh bagi mendapatkan perkembangan operasi.

Operasi SAR ditamatkan selepas mangsa ditemui dengan selamat.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit