SAP digitalisasi perkhidmatan, sasar 85,000 akaun pengguna

KANGAR – Syarikat Air Perlis (SAP) melancarkan aplikasi mudah alih perkhidmatan pelanggan yang mula digunakan serta-merta bagi memudahkan urusan semakan bil, bayaran dan aduan pengguna di seluruh negeri ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Perlis, Nik Nazreen Yusrie Nik Jusoh berkata, aplikasi berkenaan menjadi platform utama komunikasi antara syarikat dan pelanggan.

“Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menyemak bil secara masa nyata, membuat pembayaran dalam talian serta menghantar aduan dengan lebih sistematik dan pantas.

“Semua notis berkaitan gangguan bekalan air dan makluman penting juga akan disampaikan terus melalui aplikasi ini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, SAP menyasarkan seramai mungkin pelanggan berdaftar menggunakan aplikasi berkenaan bagi memaksimumkan pangkalan data pengguna yang kini melibatkan kira-kira 85,000 akaun merangkumi pelanggan domestik dan komersial.

“Sebagai langkah pengurusan kecemasan, SAP turut menyediakan dua buah lori tangki air bagi kegunaan situasi luar jangka seperti kebocoran paip dan gangguan tidak berjadual.

“Lori tangki ini digunakan khusus ketika kecemasan dan bukan sebagai bekalan harian kepada pengguna,” katanya.

Dalam perkembangan lain, SAP masih lagi berusaha mengurangkan kehilangan air tidak terhasil (NRW) dengan giat mengesan serta membaiki kebocoran paip tersembunyi.

“Ia melibatkan rangkaian sepanjang kira-kira 2,000 kilometer, dengan hampir 40 peratus masih menggunakan paip lama jenis asbestos cement (AC) yang akan diganti secara berperingkat menerusi Program NRW Holistik dengan bantuan Kerajaan Persekutuan dan sokongan kerajaan negeri” ujarnya.

  • Related Posts

    2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

    SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee menyifatkan tempoh dua tahun menerajui Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah sebagai satu pengalaman berharga yang menyaksikan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

    TAIPING – Kegiatan penyelewengan diesel yang dipercayai berselindung di sebalik sebuah stor simpanan tanpa lesen di Kampung Ayer Puteh, Simpang, di sini, berjaya ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

    2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

    Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

    Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

    Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

    Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

    Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

    Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

    UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

    UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

    Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

    Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati