Pihak sekolah jadikan anak saya seolah-olah perisai kepada warden – Ibu pelajar A

KOTA KINABALU – Ibu kepada pelajar A sedih kerana merasakan anaknya dijadikan seolah-olah sebagai perisai kepada warden yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap Zara.

Ibu kepada pelajar A yang merupakan seorang suri rumah berkata demikian ketika memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian Zara di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini pada Isnin.

Jelasnya, pelajar A iaitu anaknya seolah-olah dijadikan jurucakap kepada pihak sekolah untuk menjelaskan apa yang berlaku pada arwah Zara.

“Dia dibawa ke Balai Polis Papar untuk disoal siasat. Pihak sekolah menjadikan anak saya seolah-olah perisai kepada warden yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap Zara.

“Saya berkata sedemikian kerana ibu bapa pelajar A tidak pernah dihubungi oleh pihak sekolah apabila anak saya dibawa ke balai polis.

“Segala ‘background check’ dan tingkah laku Zara, cikgu lepaskan kepada pelajar A untuk diterangkan kepada polis,” katanya.

Jelas ibu pelajar A, semasa anaknya memberi keterangan, anaknya terlepas waktu makan di dewan makan asrama dan berlapar hingga malam.

Beliau berkata, anaknya membantu sekolah untuk memberi keterangan tetapi kebajikan dan rasa empati untuk memberi makan pada anaknya langsung tidak ada.

“Pelajar A tidak dapat makan di kantin kerana telahpun tutup. Untuk makluman, pelajar A juga tidak boleh berbelanja di kantin kerana tidak mempunyai duit cash (hilang) dan kad bank Maybank (hilang) di asrama.

“Sekolah sememangnya langsung lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab untuk menjelaskan apa yang menyebabkan Zara bertindak sedemikian,” ujarnya dengan nada sayu.

Beliau berkata, semuanya dilepaskan kepada anaknya untuk memberi keterangan kepada polis.

Tambahnya, anaknya juga beberapa kali dibawa ke balai polis tanpa pengetahuannya.

  • Related Posts

    Rakyat Malaysia makan lebih 32kg ayam dan unggas setahun, antara tertinggi dunia

    RAKYAT Malaysia menggunakan kira-kira 32.22 kilogram daging unggas seorang pada 2025, menunjukkan ayam dan produk unggas kekal antara sumber protein yang paling banyak menjadi pilihan dalam negara. Data terkini Statista…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

    KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

    MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

    Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

    Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

    MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

    MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

    Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

    Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

    Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

    Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

    China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

    • By Ezmie
    • September 22, 2026
    China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari