Petronas buka lebih 60 stesen minyak di Brazil

PUTRAJAYA – Petronas berjaya membuka lebih 60 stesen minyak di Brazil, sekali gus mengukuhkan jenama Malaysia di peringkat global.

Laporan Tinjauan Aktiviti Petronas 2026-2028 mendedahkan pencapaian ini direalisasikan menerusi perkongsian strategik dengan rakan niaga tempatan, SIM Distribuidora.

Pembukaan stesen berkenaan membolehkan produk bahan api premium Petronas Primax dan rangkaian pelincir Petronas Syntium dibawa terus kepada pengguna di negara Amerika Selatan itu.

“Inisiatif pelesenan jenama runcit ini adalah sebahagian daripada strategi pengembangan jejak global syarikat,” kata laporan itu.

Sementara itu di China, Petronas Lubricants International melancarkan Pusat Perkhidmatan Teknikal Tenaga Baharu di Jiaxing.

Fasiliti baharu itu membuktikan komitmen mendalam syarikat terhadap pasaran China yang terus berkembang dengan pesat.

Pusat teknikal itu menawarkan perkhidmatan teknikal yang disesuaikan khusus untuk pengeluar peralatan asli dan pembekal alat ganti automotif.

Ia bertujuan memastikan penyampaian penyelesaian termaju yang mampu memacu pertumbuhan mampan dan inovasi di rantau tersebut.

Selain itu, sektor hiliran juga memberi tumpuan kepada pengembangan dalam bahan kimia khusus.

Petronas Chemicals Group Bhd pula memperkenalkan produk olefins and derivatif baharu – HL701 – yang merupakan surfaktan dengan Indeks Karbon Boleh Diperbaharui yang tinggi, selari dengan peralihan industri ke arah penyelesaian lestari.

Bagi segmen biobahan api, Petronas dengan kerjasama Enilive dan Euglena bakal membangunkan loji penapisan bio di Kompleks Bersepadu Pengerang.

Kemudahan ini dijadualkan beroperasi pada separuh kedua 2028 untuk menghasilkan Bahan Api Penerbangan Mampan dan Diesel Boleh Diperbaharui.

Perkembangan ini menunjukkan walaupun berdepan dengan ketidaktentuan pasaran global, Petronas terus mencari peluang pertumbuhan baharu di luar negara sambil mempelbagaikan portfolio produknya untuk kekal kompetitif.

Laporan itu menyimpulkan pelaburan dalam teknologi pemprosesan termaju dan pertumbuhan infrastruktur akan menyokong peralihan Petronas ke arah penyelesaian tenaga masa depan, membolehkan ia beradaptasi dengan dinamik pasaran yang sentiasa berubah.

Related Posts

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat tempatan yang mampu berkembang daripada perusahaan berpotensi kepada juara nasional sebelum muncul sebagai peneraju di peringkat serantau bagi memperkukuh daya saing ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan